Wonderkid Arsenal yang berbakat besar sedia untuk tinggalkan kelab itu untuk mencari minit permainan dalam pasukan utama.

Sejak beberapa tahun lalu, wonderkid Arsenal bernama Charlie Patino telah menjadi sorotan beberapa media di Eropah.

Pemain remaja itu membuat debut untuk pasukan utama pada 2021 ketika menentang Sunderland.

Namun pemain remaja itu kemudian dipinjamkan ke Blackpool yang bergelut dengan penyingkiran daripada League 1.

Charlie Patino adalah bakat yang dianggap harus diberikan perhatian dan dijangkakan akan menjadi bintang masa depan di Arsenal.

Arsenal menawarkan kontrak baharu untuk pemain tersebut. Malangnya kontrak itu ditolak oleh Patino.

Ini kerana Arsenal yang kini dibimbing Mikel Arteta tidak dapat memberikan janji kepada Patino bahawa pemain itu akan menjadi pemain regular dalam skuad utama pada musim hadapan.

Patino juga sudah menyatakan bahawa dia tidak mahu dipinjamkan ke kelab lain lagi selepas ini. Dia meminta untuk dijual pada jendela perpindahan akan datang.

Beberapa kelab eropah lain terutama sekali dari luar UK sudah memantau situasi Charlie Patino dan mahukan tandatangan pemain muda itu.

Sudah tentunya Arsenal akan cuba memasukkan klausa harga beli balik pemain itu. Selain daripada klausa bonus pembangunan.

Wonderkid Arsenal, Charlie Patino yang bermain di bahagian tengah, dilihat sukar untuk mendapatkan tempatnya dalam skuad Arteta musim hadapan yang membuatkannya mahu tinggalkan kelab itu.

Dengan Arteta sendiri dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain berkelas dunia yang baharu untuk memperkuatkan bahagian tengah pasukannya.