Bekas pemain Chelsea Willian Borges mendedahkan dia “tidak gembira” semasa berada di Arsenal dan memberitahu ejennya dia mahu meninggalkan kelab itu hanya tiga bulan selepas menandatangani kontrak dengan The Gunners.
Pemain sayap Brazil berusia 33 tahun itu menghabiskan tujuh musim di Chelsea dan membuat 339 penampilan untuk The Blues sebelum meninggalkan kelab itu pada musim panas 2020.
Ianya gara gara Chelsea enggan memberikan kontrak 3 tahun diminta Willian. Lalu pemain Brazil itu menyertai Arsenal. Atas alasan dia baru memiliki pasport UK dan mahu terus menetap di London. Kerana isteri dan anaknya selesa di London.
Anak anak Willian pada masa yang sama mahu terus bersekolah di London. Lalu pemain itu menegaskan dia tak akan teragak agak menyertai mana mana kelab London walaupun musuh sebandar dengan Chelsea.
Arsenal satu satunya kelab datang dengan tawaran 3 musim dan gaji seperti diminta Willian iaitu £200,000 seminggu.
Arsenal kemudian menandatangani bekas pemain antarabangsa Brazil itu secara percuma, dengan Willian berusaha untuk mengulangi kejayaannya bersama Chelsea. Antara ikrar Willian adalah mahu membantu Arsenal menjuarai Liga Juara Juara Eropah dan yakin dengan projek Arteta.
Malangnya, Willian hanya gah dalam beberapa perlawanan awal musim Arsenal. Dia akhirnya menunjukkan pretasi hambar.
Willian membuat 37 penampilan untuk The Gunners dalam semua pertandingan dan hanya menjaringkan satu gol dan mencatatkan tujuh bantuan gol.
Arsenal kemudian mengumumkan telah menamatkan kontrak bekas pemain Gunners atas persetujuan bersama pada Ogos dan dia kembali ke kelab zaman kanak-kanak Corinthians.
Willian sanggup menerima gaji jauh lagi rendah ketika di Corinthians.s
Bercakap kepada legenda Manchester United, Rio Ferdinand, Willian secara jujurnya telah memberitahu tentang penyesalannya menyertai Arsenal dan bagaimana kariernya di sana telah merudum.
“Saya tidak gembira, sebab itu saya tidak bermain dengan baik. Saya tidak mahu menjelaskan secara terperinci, tetapi saya tidak gembira,” kata Willian kepada Ferdinand di Presents FIVE.
“Jadi apabila saya tiba di sana saya gembira, dari mula saya bermotivasi, saya mahu melakukannya dengan baik, kelab baru, kawan baru, projek baru.”
“Selepas tiga bulan, saya memberitahu ejen saya, ‘Tolong, saya mahu berambus.’ Saya tidak mahu bercakap buruk tentang kelab kerana ia adalah kelab besar, mempunyai sejarah besar dalam bola sepak, pemain besar bermain di sana.”
https://twitter.com/GurjitAFC/status/1472920255001501708
“Tetapi ia masih tidak berjaya [memujuk hati] saya, sudah tentu ia adalah masa yang paling sukar dalam kerjaya saya.”
Walaupun gajinya di Arsenal sangat tinggi berbanding dengan yang beliau terima di kelab beliau sekarang, namun bagi Willian wang “bukan perkara paling penting dalam hidup” dan dia mahu meninggalkan Arsenal kerana dia mahu boleh bermain seperti biasa serta kembali bahagia.
“Ya, itu adalah jumlah wang yang besar yang saya korbankan – wang bukanlah perkara yang paling penting dalam hidup, anda perlu gembira, berseronok dan bangun dan terasa mahu pergi ke pusat latihan.”
“Saya tidak menikmatinya ketika di Arsenal, jadi saya berkata kepada diri sendiri, bersama keluarga dan isteri saya, ‘Saya tidak boleh terus kekal di sini, saya tidak gembira di sini, saya perlu pergi dan mencari jalan keluar untuk meninggalkan kelab.”
“Bagi saya, adalah tidak adil untuk terus kekal di tempat yang anda tidak mahu tinggal hanya untuk wang.”
Seterusnya Willian mengakui bahawa beliau banyak menerima mesej kecaman daripada para peminat Arsenal sepanjang beraksi di sana. Willian menegaskan bahawa, perkara itu diburukkan lagi kerana beliau bekas pemain Chelsea.
Willian has revealed that when he joined Arsenal he was happy and motivated but after 3 months he had already contacted his agent knowing he wanted to leave the club.
Says fans played a part in his decision to leave. He cites social media as a huge source of messages. pic.twitter.com/5O4sgBYivM
— Connor Humm (@TikiTakaConnor) December 20, 2021