Arsene Wenger mengakui bahawa beliau sangat menyesal kerana melepaskan Ashley Cole ke Chelsea pada 2006.
Hal ini kerana Arsenal kemudiannya sukar mencari pengganti pemain tersebut. Cole menjadi nadi penting skuad Arsenal terutama sekali ketika Arsenal menjadi pasukan Invincibles.
Cole sangat cepat meningkat naik dan kemudian menjadi pemain antarabangsa utama pasukan England.
Selain itu Wenger juga menyesal kerana tidak memberikan Ahsley Cole gaji yang dimintanya kerana menurut Wenger, permintaan itu disifatkan Wenger sebagai tidaklah jauh bezanya daripada apa yang mereka tawarkan kepada pemain itu.
Polisi gaji di Arsenal ketika era Wenger dianggap terlalu ketat sehinggakan ada peminat menuduh Wenger sebagai kedekut dan mengkayakan pemilik semata mata walaupun terpaksa kehilangan pemain utama.
Antara contoh terbaik ialah Ashley Cole. Cole kemudian menyertai Chelsea, seteru sebandar Arsenal dan memenangi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara Juara Eropah serta Piala FA sepanjang di sama.
Berapakah tawaran Arsenal?
Wenger ketika itu menawarkan gaji £55,000 seminggu.
Ashley Cole kemudian mendapat tawaran sekitar £120,000 seminggu.
Wenger akhirnya memutuskan untuk melepaskan pemain tersebut. Perpindahan Ashley Cole sangat kontroversi.
Dan sekarang, Wenger sangat menyesal kerana tidak cuba menawarkan gaji yang setara ataupun hampir sama seperti yang ditawarkan Chelsea.
“Saya rasa, secara dalamannya, saya membuat kesilapan untuk melepaskan Ashley Cole.”
“Cole pemain yang lahir daripada sistem akademi. Ada sedikit salah faham kerana beberapa ribu pound sahaja.”
Arséne Wenger on which player he wishes he re-signed at Arsenal: “The player I think internally was a mistake to lose was Ashley Cole. Cole came out of the club [academy]. It was a misunderstanding for a few thousand pounds.” [beIN] #afc pic.twitter.com/5n7eO7L8HP
— afcstuff (@afcstuff) March 13, 2022
Sebagai ganti, Chelsea menyertakan William Gallas. Yang kemudiannya dilantik sebagai kapten.
Gael Clichy kemudian menjadi bek kiri baru Arsenal. Namun selepas prestasi cemerlangnya, dia memutuskan untuk menyertai Manchester City.
Wenger turut kehilangan Robin van Persie dan Emmanuel Adebayor yang meninggalkan Arsenal selepas prestasi cemerlang di hadapan gol. Fabregas juga antara pemain yang meninggalkan Arsenal selepas mencapai prestasi kemuncaknya.
Lebih pedih, apabila Fabregas kembali semula ke England dan menyertai Chelsea.
Perpindahan beberapa pemain utama mereka pada setiap musim – terutama sekali ke kelab seteru satu liga – membuatkan Arsenal tidak dapat lagi mencabar kejuaraan liga.