Sebuah pasukan dari liga divisyen 1 bola sepak Belgium, Sint Truiden VV FC semalam secara rasmi mengumumkan akan membawa seorang lagi pemain Jepun, Wataru Endo dari Urawa Reds Diamond menyertai skuad mereka.

Maklumat yang diperolehi dari laman web SoccerKing JP bagaimana pun tidak memberitahu secara jelas mengenai tempoh kontrak Endo, namun apa yang pasti adalah perpindahan ini bukan atas dasar kontrak pinjaman.

Sebelum Endo, telah ada seorang pemain Jepun yang bersama Sint Truiden VV iaitu bekas pemain FIFA Piala Dunia U20 Jepun, Takehiro Tomiyasu yang berumur 19 tahun.

Tomiyasu sebelum ini beraksi untuk kelab Avispa Fukuoka dimana beliau dilahirkan dari program remaja kelab ini.

Endo yang berusia 25 tahun dilahirkan di Yokohama menerima tawaran untuk menyertai skuad U18 Shonan Bellmare ketika berumur 15 tahun, selepas ‘ditendang’ skuad remaja Yokohama F Marinos.

endo wataru

Cho Kwi-jae, ketua jurulatih Shonan Bellmare sekarang merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Endo ke Shonan Bellmare, apabila tertarik dengan aksinya ketika Endo menyertai latihan bersama skuad U18.

Berdasarkan statistik rasmi J.League, sejak melakukan penampilan pertama dalam divisyen utama, Endo sehingga kini telah beraksi sebanyak 126 kali dalam J1 League menjaringkan 15 gol dan 106 kali dalam J2 League menjaringkan 13 gol.

Perlawanan terakhir Endo untuk Urawa Reds adalah ketika mereka berkunjung ke Cerezo Osaka hari ini sebelum berangkat ke Belgium.

 

Sumber