Pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain tampil cemerlang di Amerika Syarikat apabila menjaringkan gol sekaligus membantu pasukannya, St Louis CITY meraih kemenangan dalam saingan MLS Next Pro Western Conference musim 2023.

Kuzain diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan menentang LA Galaxy II dan beliau nyata tidak mengecewakan apabila tampil cemerlang dengan menghasilkan satu jaringan dan satu assist.

Pemain berusia 25 tahun itu membuka tirai jaringan pada minit ke-8 dimana beliau menerima hantaran daripada Ezra Armstrong di sebelah kiri yang kemudiannya disudahkan bagi menghasilkan gol pertama perlawanan dan gol kelima beliau musim ini.

Amstrong terus cemerlang dimana beliau kemudiannya menyumbang satu lagi assist untuk jaringan yang dihasilkan oleh Caden Glover. Faysal Bettache menjaringkan gol ketiga dan kedudukan 3-0 bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Memasuki separuh masa kedua, Wan Kuzain kemudiannya membuat satu hantaran kemas terhadap John Klein dimana pemain itu menjaringkan gol keempat sekaligus memberikan tiga mata bagi St Louis CITY.

Kemenangan ke atas LA Galaxy II ini memastikan St Louis layak ke peringkat play-off dimana tujuh pasukan teratas dari Eastern dan Western Conference akan berentap bagi merebut kejuaraan keseluruhan.

Selain menjaringkan gol pada aksi menentang LA Galaxy, Kuzain juga pernah mencipta jaringan ketika kelabnya bertemu Real Monarch pada bulan Ogos lalu.

Kuzain memulakan perlawanan di bangku simpanan dan beliau dimasukkan pada separuh masa kedua oleh pengendali pasukan setelah St Louis selesa berada di hadapan.

Abang kepada Wan Kuzri itu menyempurnakan bola muntah pada minit ke-89 dengan melakukan rembatan leret ke tepi gawang pasukan lawan sekaligus menjaringkan gol keempat buat pasukannya.