Peminat bola sepak tanah air ketika ini sedang hangat membincangkan mengenai dua adik beradik yang beraksi di Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzain dan Wan Kuzri.
Baca Juga:
- Wan Kuzain Dan Wan Kuzri Sedia Beraksi Bersama Malaysia
- “Tunggu Hujung Tahun Ini,” – Bapa Wan Kuzain Beri Bayangan Kemunculan Anaknya Dalam Piala Suzuki AFF 2020
- Bapa Wan Kuzain Tawar Bantuan Tingkatkan Kualiti Pemain Muda Negara
Kedua-dua pemain kembali mendapat perhatian peminat selepas bapa mereka, Wan Kamal menyatakan anaknya kini bersedia untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya sekiranya mendapat panggilan.
Perkara ini nyata meletakkan situasi 50-50 diantara peminat dimana ada yang menyokong kedua-dua pemain untuk bermain bersama Malaysia namun ada juga yang menentang kerana komen yang dibuat oleh Wan Kamal tidak lama dahulu.
People are so quick to judge and bash Kuzain from words he never even said. Our father’s words DO NOT reflect Kuzain’s thoughts. Whenever Kuzain has been asked, he has always answered the same way, it would be an honor and means a lot, but people choose to ignore that. https://t.co/4rEBT6igbW pic.twitter.com/IZnSq9HhFK
— Wan Kuzac (@TheArt_OfKuz4) June 25, 2023
Salah seorang kenalan rapat kedua-dua pemain yang dikenali sebagai Wan Kuzac menerusi laman media sosial Twitter menegaskan ramai peminat cepat membuat penilaian buruk mengenai Wan Kuzain dimana semua kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan dibuat oleh ayahnya, bukan pemain itu sendiri.
“Peminat membuat penilaian begitu cepat dan mengkritik Kuzain yang mana beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan. Kenyataan bapanya tidak mewakili beliau.
“Ketika ditanya (mengenai skuad kebangsaan), dia selalu memberikan jawapan sama. Beliau berbesar hati dan ia akan bermakna bagi beliau. Tetapi orang ramai memilih untuk tidak mempedulikan perkara tersebut,” kata Wan Kuzac.
Sebelum ini, Wan Kamal berkata kedua anaknya akan kekal beraksi di Amerika Syarikat dan tidak mempunyai masalah untuk beraksi bersama Malaysia.
Peminat yang menentang perkara ini mengatakan kedua-dua pemain itu hanya mahu beraksi bersama Malaysia selepas negara ini layak ke temasya Piala Asia 2023.
Selain itu, mereka turut menegaskan ada ramai lagi pemain tengah yang berkualiti dan jauh lebih layak untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya berbanding adik-beradik itu.