Pengajur saingan liga bola sepak Vietnam, V.League hari ini secara rasmi mengumumkan penundaan liga mulai perlawanan ke-4 selepas peningkatan jangkitan virus COVID-19 dibeberapa kawasan di negara sejak sejak seminggu lalu.

Berdasarkan maklumat terkini dari VN Express mengenai penularan virus itu, Vietnam merekodkan 221 kes positif sejak Khamis lalu yang merebak dalam 8 lokaliti seperti yang disahkan oleh kementerian kesihatan Vietnam.

Susulan itu, pihak V.League mengambil tindakan segera untuk menunda perlawanan liga sehingga ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.

Vietnam sehingga kini merekodkan 1,781 kes positif COVID-19 dan 35 kematian dan mengikut artikel VN Express juga jangkitan kali ini berlaku dengan begitu pantas berbanding sebelum ini dan tindakan segera perlu dibuat bagi mengelakkan virus itu terus merebak ke dalam komuniti.

Pihak V.League dalam kenyataan rasmi mereka pagi ini memohon kelab dan pihak yang berkaitan untuk mengemaskini maklumat serta merancang perjalanan operasi dan mahu semua kelab untuk memantau tahap kesihatan pemain dan sentiasa peka dengan SOP berkaitan yang telah ditetapkan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

RASMI: Cerezo Osaka Umum Dang Van Lam Sebagai Penjaga Gol, Pemain ASEAN Seterusnya Dalam J.League

Ini Cara Rakuten Bantu Semua Kelab J.League Untuk ‘Reach’ Pasaran Yang Lebih Luas Jual Merchandise

AKRacing Dan FC Tokyo Jual ‘Bangku Simpanan Pemain’ Pada Harga RM2,355 Seunit Kepada Penyokong

Sumber