Di tengah penularan wabak pandemik COVID-19, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal mengadakan undian kejohanan AFC B-19 2020 di Kuala Lumpur pada 18 Jun ini.
Selain Malaysia, 4 pasukan dari Asia Tenggara yang mengesahkan tempat ke kejohanan itu ialah Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.
Vietnam adalah satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang pernah layak secara merit ke Piala Dunia B-20 pada tahun 2017 di Korea Selatan. Kali ini, mereka menyasarkan untuk layak buat kali kedua dan mula melakukan persiapan awal.
Wakil Presiden Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF), Tran Quoc Tuan, yakin skuad Philippe Troussier mampu melepasi peringkat kumpulan berdasarkan balang undian dimana mereka diletakkan bersama Iraq, Malaysia dan Kemboja.
“Vietnam ada di balang ketiga untuk Piala AFC U-19 2020. Jika kami beruntung dalam undian, kami boleh melepasi peringkat kumpulan dengan menghuni kedudukan dua teratas,” ujar Tran Quoc Tuan di laman rasmi AFF.
“Jurang antara Vietnam dengan saingan kami di level usia muda tak begitu jauh. Skuad kendalian Troussier mampu mara lebih jauh,” tambahnya.
4 pasukan yang mara ke separuh akhir dalam kejohanan yang berlangsung di Uzbekistan itu akan menempah tiket ke Piala Dunia B-20 di Indonesia pada tahun 2021.
“Kalau kami berjaya ke separuh akhir, ia membawa kami ke Piala Dunia,” kata Quoc Tran dengan yakin.
Kejohanan AFC B-19 dijadualkan berlangsung pada 14 sampai 31 Oktober. Namun, jika situasi semasa wabak pandemik COVID-19 semakin teruk, kejohanan itu mungkin ditangguhkan pada tahun depan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Saingan J. League Disambung Sekiranya Status Kecemasan Ditamatkan
Misi Ke Piala Dunia 2022, China Bakal Diperkuatkan Enam Pemain Naturalisasi
Luiz Felipe Scolari Tolak Tawaran Bimbing Skuad Kebangsaan UAE