Saingan J. League hanya akan bersambung semula sekiranya kerajaan Jepun menamatkan status kecemasan yang dikenakan akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19).
Perkara ini disuarakan oleh Pengerusi J. League, Mitsuru Murai setelah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai perjalanan liga.
Sebelum ini, kerajaan Jepun telah melanjutkan status kecemasan sehingga hujung Mei ini bagi memastikan negara tersebut tidak mengalami gelombang kedua penularan COVID-19.
Saingan J. League musim ini membuka tirai pada Februari lalu. Namun, setelah satu pusingan dijalankan, J. League terpaksa dihentikan ekoran penularan wabak COVID-19.
Pada masa yang sama, Murai menjelaskan meskipun tiada perlawanan yang dijalankan selama dua bulan terakhir, pihaknya tidak berdepan sebarang masalah kewangan dengan DAZN, penyiar rasmi yang menandatangani kontrak selama 10 tahun bernilai RM8 Billion pada 2017 lalu.
Murai berkata J. League mempunyai hubungan yang baik dengan DAZN dan setakat ini tiada sebarang perancangan untuk mengubah kontrak ataupun mengurangkan jumlah bayaran hak penyiaran.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak di rantau Asia di sini:
Misi Ke Piala Dunia 2022, China Bakal Diperkuatkan Enam Pemain Naturalisasi