Persiapan skuad kebangsaan Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 sedikit terganggu akibat kecederaan yang melanda pemain tengah berpengaruh mereka, Luong Xuan Truong.
Menurut laporan media dari Vietnam, bekas pemain Buriram United itu mengalami kecederaan yang agak serius dan terpaksa disisihkan dari skuad Park Hang-seo sekkurang-kurangnya 6 bulan mengikut maklumat dari doktor pasukan.
Ketiadaan Luong Xuan Truong itu juga menjadikan kem pasukan kebangsaan Vietnam mengalami ‘minor panic’ menjelang pertemuan dengan Malaysia pada 10 Oktober 2019 dalam perlawanan ke-3 peringkat kumpulan pusingan kelayakan 2 Piala Dunia 2022 di Hanoi.
Huge blow for the National Team as midfielder Lương Xuân Trường has been ruled out for 9 months with a ligament injury. #vietfootball #vietnam pic.twitter.com/LlC38Dlcz2
— Vietnam football (@soccervietnam) October 1, 2019
Dalam satu visual yang dimuat naik oleh Bongda 365 memaparkan keadaan terkini kecederaan buku lali Luong Xuan Truong yang ‘bersimen’ sambil dibantu oleh beberapa orang pegawai pasukan kebangsaan Vietnam.
Beliau mengalami kecederaan itu semasa menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Vietnam menjelang perlawnan penting bertemu Malaysia kira-kira 8 hari lagi.
Vietnam kini berada dikedudukan ke 4 kumpulan G mengumpul hanya 1 mata dari 1 perlawanan selepas seri tanpa jaringan bertemu Thailand pada 5 September lalu.
Malaysia kini mengumpul 3 mata dari 2 perlawanan pertama akan cuba membawa pulang 3 mata dari Hanoi untuk terus bersaing merebut tempat secara automatik ke saingan Piala Asia 2023.
Baca juga artikel lain mengenai Malaysia dalam persiapan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
2 Pengadil Elit AFC Dari Malaysia Terpilih Mengendalikan Perlawanan Liga Vietnam
Tan Cheng Hoe Kehilangan Lima Pemain Kerana Masalah Kecederaan