Juara bertahan Piala AFF Suzuki, Vietnam bakal dibarisi pemain terbaik bagi memastikan mereka mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada 2018 lalu.

Perkara ini disuarakan oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) Tran Quoc Tuan dimana pihaknya telah menyusun semula jadual saingan V.League bagi memastikan pasukan kebangsaan dibarisi pemain terbaik.

Vietnam
Vietnam ketika menghadapi Malaysia.

“Kami adalah juara bertahan, jadi imej serta reputasi kami perlu dijaga. Peminat bola sepak Vietnam amat gemar dengan saingan Piala AFF.

“Dengan saingan V.League 1 dan V.League 2 sudah menjalani perubahan jadual, perkara ini membolehkan pasukan negara dibarisi pemain terbaik,” kata Quoc Tuan.

Menurut VFF, mereka meletakkan dua sasaran terhadap skuad The Golden Dragons tahun ini iaitu melayakkan diri ke pusingan ketiga saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta mempertahankan kejuaraan Piala AFF.

Vietnam
HANOI, VIETNAM – DECEMBER 15: Shahrel Fikri of Malaysia competes for the ball during the AFF Suzuki Cup final second leg match between Vietnam and Malaysia at Muy Dinh National Stadium on December 15, 2018 in Hanoi, Vietnam. (Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Vietnam ketika ini menghuni tangga teratas dalam carta kumpulan G dengan 11 mata, diikuti dengan Malaysia di tangga kedua dengan sembilan mata.

Malaysia akan menerima kunjungan skuad bimbingan Park Hang-seo itu pada Oktober nanti.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Vietnam di sini:

Simon McMenemy: Kejayaan Park Hang-seo Dengan Skuad Vietnam Adalah Lebih Kepada ‘Luck’

“Zico” Thailand Anggap Vietnam Pasukan Terbaik Di Asia Tenggara

Vietnam Sasar Layak Ke Piala Dunia B-20 Buat Kali Kedua