Iqhmal Najmie Ismail merupakan antara nama yang mencuri tumpuan dalam kempen Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022 berikutan kualiti penyudah cukup berkualiti dimiliki tonggak Pulau Pinang ini.
Bagi peminat setia sukan lima sebelah ini, mereka pasti akan mengetahui kemampuan yang menjadi senjata utama buat pemain kelahiran Kuala Terengganu tersebut ketika beraksi.
Sejak saingan Liga Futsal Kebangsaan 2018, Iqhmal akan sentiasa menjelmakan jaringan-jaringan menarik terutamanya menerusi rembatan dari jarak jauh yang jelas menjadi igauan ngeri buat penjaga gol pasukan lawan.
Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa Iqhmal kini merupakan antara pakar situasi bola mati dalam kancah futsal tanah air.
Lebih menarik untuk diperkatakan tentang keupayaannya, Iqhmal Najmie berjaya meledakkan empat gol dalam membantu Pulau Pinang menundukkan Shah Alam City dengan keputusan 7-5 yang mana salah satu daripada jaringan tersebut dihasilkan dari jarak jauh.
Malah selepas mengharungi 13 aksi liga [berbaki satu perlawanan], pemain berusia 22 tahun yang sudah mengecapi kaps bersama skuad kebangsaan itu telah meledakkan lapan jaringan.
Memulakan kariernya bersama Terengganu, Iqhmal kemudiannya beraksi bersama Pulau Pinang pada musim 2019 dan 2022. Beliau juga pernah menyarung jersi Perak pada tahun 2020 tetapi saingan pada musim tersebut terpaksa dibatalkan hanya selepas satu perlawanan ekoran permulaan kehadiran wabak COVID-19 di Malaysia.
Ayuh kita saksikan antara koleksi jaringan menarik yang dihasilkan oleh Iqhmal Najmie:
Baca artikel lain mengenai perkembangan futsal seluruh dunia:
MPFL 2022: Kecederaan Lutut Halang Hasrat Awalluddin Bantu Pahang Rangers
Suphawut Thueanklang: Banyakkan Liga & Kejohanan Futsal Domestik Untuk Lahirkan Bakat Berkualiti