Teknologi Video Assistant Referee (VAR) mungkin tidak akan digunakan apabila saingan J. League bersambung semula pada Julai ini.

Menurut laporan media tempatan, langkah tersebut diambil bagi meminimumkan penularan wabak Coronavirus (COVID-19), yang mana pengadil perlu berada di satu ruang tertutup sekaligus berisiko untuk dijangkiti.

VAR
Sumber Gambar: Cool Japan Soccer

Keputusan rasmi mengenai penggunaan teknologi tersebut dijangka diketahui pada hujung bulan ini dimana pengelola liga, J. League mengadakan mesyuarat pada 26 Jun ini.

“Saya mahu mengadakan perbincangan mengenai perkara ini bersama penaja dan juga pengadil dan kemudiannya akan mengadakan mesyuarat dengan lembaga pengarah bagi mengeluarkan satu keputusan,” kata Pengerusi J. League, Mitsuru Murai.

VAR
Sumber Gambar: J. League

VAR diperkenalkan pada awal saingan J. League musim ini. Namun penggunaanya tidak bertahan lama setelah saingan liga harus dihentikan ekoran penularan wabak COVID-19. Divisyen pertama akan bersambung semula pada 4 Julai manakala J2 dan J3 akan bermula seminggu lebih awal.

Penyokong dibenarkan masuk ke stadium pada 10 Julai, namun keputusan ini tidak disambut baik oleh kelab yang bertanding kerana risau jumlah jangkitan akan meningkat.

Baca artikel lain mengenai saingan J. League di sini:

Pemain Asia Tenggara Yang Mampu Menyinar Dalam Saingan J. League

Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam 10 Pemain Termahal J. League Musim 2020

Mu Kanazaki Pemain Kedua J. League Yang Disahkan Positif COVID-19