Legenda Belanda, Marco Van Basten tidak menganggap Messi sebagai GOAT (Greatest Of All Time) walaupun pemain itu memiliki 7 Ballon d’Or dalam sejarah kariernya.
Itu menjadikan Messi sebagai penerima Ballon d’Or paling banyak dalam sejarah.
Bersama pasukan Barcelona, Messi telah menjaringkan 670 gol dalam 776 penampilan dalam semua pertandingan.
Beliau juga berjaya menjaringkan 86 gol dalam 162 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Argentina dan sudah memiliki 2 trofi antarabangsa bersama Argentina.
Messi menjulang Copa America dan juga Finalissima bersama dengan skuad kebangsaan negaranya.
Ia dianggap sudah cukup bagus untuk mengukuhkan namanya selaku GOAT dalam bola sepak.
Kini Messi menumpukan misi untuk menjadi juara dunia pula.
Walaupun mempunyai pencapaian yang begitu hebat di peringkat kelab dan antarabangsa, dengan rekod jaringan yang tak masuk akal, namun Marco van Basten masih tidak mahu menganggap Messi sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman.
Hal ini kerana Van Basten menilai Messi tidak mempunyai watak kepimpinan yang kuat dalam pasukan kebangsaan Argentina, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Diego Maradona.
Van Basten malah menganggap Messi sebagai pemain yang tidak akan berani berada di barisan hadapan untuk bertempur dalam perperangan.
Van Basten bercakap kepada Sky Italia: “Messi adalah pemain yang luar biasa, tetapi Maradona sentiasa mempunyai lebih banyak karakter dalam pasukan.”
“Messi juga bukan jenis orang yang meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam peperangan,” kata pemenang Ballon d’Or tiga kali itu.
Marco van Basten mendedahkan bahawa ada 3 pemain yang berhak digelar pemain terbaik sepanjang zaman. Mereka ialah Pele, Diego Maradona, dan Johan Cruyff.
“Pele, Maradona dan Cruyff bagi saya adalah tiga pemain terhebat dalam sejarah.” tambah Van Basten yang tidak meletakkan Messi dalam senarai 3 teratas.
🔵🔴 Van Basten tacle Messi sur son leadership #PSG #AllezParis #TeamPSG https://t.co/9fxBVkyxPe
— Paris Addict (@PSGAddictFR) June 14, 2022
Apa pandangan pembaca Vocket FC?