Baru-baru ini, pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham meletakkan tanda harga sebesar RM5 Juta kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membeli kelab bola sepak itu.
Baca Juga:
- Adakah RM5 Juta Nilai Yang Wajar Bagi TRW Kelantan?
- Datuk Seri Vida Bakal Adakan Perbincangan Dengan Zamsaham Mengenai ‘Take Over’
- Bekas Pemain TRW Kelantan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Zamsaham
Tawaran itu telah menarik minat seorang usahawan muda, Erfan Akif atau Erfan Lee Ruslan yang juga merupakan pemilik Erfan Gym And Fitness.
Menurut laporan Berita Harian, Erfan Akif sedia membeli TRW Kelantan FC walaupun dengan harga mencecah RM10 juta kerana minat mendalam terhadap pasukan itu.
Beliau mengakui mempunyai kewangan kukuh dan turut mempunyai perniagaan perlombongan emas. Jika tidak dapat menjadi pemilik, Erfan juga sedia jadi penaja utama pasukan itu.
“Ini bukan gimik pemasaran (untuk perniagaan) kerana saya sudah ada perniagaan yang stabil kewangan yang kukuh.
“Saya sudah kaji dua tahun, setiap hari, jadi keputusan ambil alih Kelantan FC bukan dibuat terburu-buru atau tempoh singkat.
“Saya terbuka untuk membeli Kelantan samada sebagai pemilik penuh atau jika Zamsaham mahu kekal sebagai pemilik, saya juga sedia jadi penaja utama atau pemegang saham terbesar.
“Ini tertakluk pada situasi menang-menang, jika saya lihat sesuai, saya terbuka dengan apa juga rancangan beliau (Zamsaham),” katanya kepada Berita Harian.
Usahawan muda, Erfan Akif atau Erfan Lee Ruslan, 30an (kanan) melihat surat yang dihantar kepada Norizam Tukiman bagi menyatakan minat mengambil alih Kelantan FC meskipun nilai mencecah RM10 juta, dia yang selesa merahsiakan identiti mahu diwakili Pengurusnya, Ezz Aisar (kiri)… pic.twitter.com/MhDNYhJlqn
— Berita Harian (@bharianmy) July 7, 2023
Selain Erfan, turut dilaporkan menyatakan minat untuk mengambil alih Kelantan FC ialah Datuk Seri Vida yang telah menghantar surat rasmi kepada Zamsaham.
Bagaimanapun, setakat ini Zamsaham masih kekal sebagai pemilik TRW Kelantan FC dan perbincangan bersama dua individu yang berminat itu akan dilakukan dalam masa terdekat.