Kelab J1 League, Urawa Reds Diamond hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mula membuka pra-tempah jersi kelab bagi musim 2020 mulai esok jam 6 petang waktu tempatan.

Kekal menggunakan berjenama NIKE, Urawa Reds bagaimanapun hanya membuka pra-tempah bagi jersi versi ‘fan issue’ sahaja ketika ini dan bagi versi ‘player issue’ atau lebih dikenali sebagai versi ‘authentic’ akan diumumkan kemudian berkenaan tarikh mula dibuka untuk jualan.

Harga bagi sehelai jersi ‘fan issue’ Urawa Reds itu adalah JPY14,300 atau sekitar RM540 sehelai. Jika penyokong mahu menambah nombor serta nama pemain pula, harga yang perlu dibayar adalah JPY17,325 atau RM655 bagi 1 angka dan JPY18,425 atau RM697 bagi 2 angka.

img_emblem

Berdasarkan pengalaman yang telah kami sendiri lalui, harga sehelai jersi versi ‘authentic’ dengan pakej lengkap termasuk nama, nombor serta patch liga/piala mampu mencecah harga lebih RM1,000 sehelai.

Pihak pengurusan kelab telah menetapkan bahawa, tempoh pra-tempah jersi tersebut adalah selama 7 hari dan akan tamat pada 15 Januari 2020 jam 11.59 malam dan kebiasaanya stok pra-tempah akan habis dalam masa yang singkat sahaja.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Lihat 2 Slot Pengiklanan Di Stadium Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang.

Kelab Liga Divisyen 3 Jepun Ini Catat Keuntungan RM423,211.90 Pada Tahun 2018

Harga Jersi Fans Issue Dan Player Issue J1 League 2018