Mungkin tidak ramai peminat bola sepak Malaysia yang mengenali kelab kecil ini – Iwate Grulla Morioka, berpangkalan di prefektur Iwate, dibahagian utara Jepun yang kini beraksi dalam saingan J3 League.

Iwate Grulla Morioka merupakan satu-satunya kelab bola sepak dari prefektur Iwate atau lebih spesifik bandar Morioka yang beraksi dalam saingan bola sepak profesional J.League. Mereka ditubuhkan pada tahun 2004 dan beraksi di South Park Football Stadium yang berkapasiti 5,000 tempat duduk.

Kelab J3 League Paling Tinggi Catatkan Keuntungan Musim 2018

Mengikut laporan kewangan yang diterbitkan oleh pihak J.League bagi tahun kewangan 2018, sepanjang musim 2018 hanya 4 pasukan dalam saingan J3 League mencatatkan keuntungan dan Iwate Grulla Morioka merupakan kelab yang mencatakan keuntungan paling tinggi berjumlah JPY11,000,000 atau sekitar RM423,211.90!

D74kLr_UYAAM40f

Penerangan:

  • Warna Hijau: Wang Agihan dari J.League yang diterima oleh kelab
  • Warna Kuning: Revenue dari akademi
  • Warna Turquoise: Revenue dari Merchandise Sale

Dalam ringkasan laporan kewangan diatas, Iwate Grulla Morioka merekodkan kutipan jualan tiket sebanyak JPY9,000,000 atau RM348,386.

59529933_2208007095944676_6484995953731305472_o

Menurut laporan kehadiran rasmi yang dikeluarkan oleh J.League, kehadiran penonton ke stadium pada 2018 adalah sekitar 19,461 orang dengan purata 1,216 orang pada setiap perlawanan.

Pecahan pendapatan kelab Iwate Grulla Morioka pula adalah seperti berikut;

  • Penajaan: JPY118,000,000
  • Jualan tiket: JPY9,000,000
  • Wang agihan J.League: JPY35,000,000
  • Akademi: JPY38,000,000
  • Merchandise: JPY15,000,000
  • Lain-lain: JPY268,000,000

Jumlah pendapatan kelab pada tahun 2018 adalah sekitar JPY483,000,000 atau RM18,696,658!

Kelab Bola Sepak Gabungan Alumni 2 Buah Sekolah Tinggi

Untuk pengetahuan semua juga, kelab ini pada asalnya ditubuhkan hasil gabungan 2 buah alumni sekolah tinggi iaitu Sekolah Tinggi Chuo Morioka dan Sekolah Tinggi Sangyo Morioka pada tahun 2000 dengan menggunakan nama Villanova Morioka.

3 tahun selepas itu mereka telah nampak dengan jelas apa yang boleh dilakukan oleh kelab untuk terus berkembang dan telah menetapkan sasaran baru untuk memperolehi keahlian JLeague pada 2008. Nama kelab telah ditukar kepada Grulla Morioka pada 2004.

MG_6681

Pada 4 Disember 2018, pihak kelab telah mengumumkan penambahan 1 lagi ‘hometown‘ kelab iaitu Rikuzentakata – sebuah kawasan yang terjejas teruk ditimpa tsunami pada tahun 2011. Dengan penambahan itu juga bermakna kelab ini memiliki ‘hometown‘ kepada semua kawasan dalam prefektur Iwate (33 buah bandar).

Oleh yang demikian kelab telah menukar lagi nama kepada Iwate Grulla Morioka dan juga logo baru pasukan .