Kumpulan penyokong atau ultras Paris Saint-Germain gembira kerana kelab itu menjual salah satu pemain bintang pasukan iaitu Neymar ke kelab liga Arab Saudi.

Ultras PSG memasang banner di stadium ketika perlawanan Ligue 1 menentang Lens baru-baru ini dimana mereka meluahkan perasaan gembira kerana kelab itu menyingkirkan salah seorang pemain diva dalam pasukan.

[caption id="attachment_252355" align="alignnone" width="1050"]Neymar Sumber Gambar: Goal.com[/caption]

Neymar mengikut jejak langkah Lionel Messi dengan meninggalkan PSG selepas membuat 173 penampilan dan memenangi lima kejuaraan liga. Meskipun membantu kelab itu memenangi beberapa gelaran lain, namun peminat masih tidak berpuas hati dengan pemain berusia 31 tahun itu.

Peminat PSG mahu memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kerana kelab itu belum pernah menjulang trofi teragung di saingan peringkat kelanb Eropah dan mereka menganggap Neymar gagal untuk membantu pasukan itu menjulang UCL dengan status bintang yang dimilikinya.

Kelab dari kota Paris itu selangkah lagi untuk menjulang trofi UCL pertama namun tewas kepada Bayern Munich pada perlawanan akhir edisi 2019/2020.

Selepas menyertai Al-Hilal, pemenang pingat emas bola sepak Sukan Olimpik 2016 itu dilayan bak raja oleh kelab barunya dimana beliau menerima banyak kelebihan yang tidak diberikan kepada pemain lain.

https://twitter.com/DeadlineDayLive/status/1691113759060742144?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1691113759060742144%7Ctwgr%5E833033866459d4c5e6562c0664db1da60c70288f%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.vocketfc.com%2Fal-hilal-berikan-layanan-seperti-raja-kepada-neymar%2F

Neymar menerima gaji sekitar €320 Juta untuk dua musim di kelab itu atau sekitar RM1.62 billion tanpa dikenakan sebarang cukai. Selain itu, Hilal turut memberikan beberapa layan istimewa antaranya pesawat peribadi yang sentiasa bersedia untuk membawa pemain itu kemana saja yang dia mahukan.

Selain itu, pihak kelab turut menyediakan satu rumah besar yang dilengkapi pembantu peribadi bagi memastikan bekas ketua pasukan Brazil itu berasa selesa semasa berada di negara itu.

Neymar juga mendapat hak sepenuhnya ke atas imejnya. Bermakna pemain itu boleh membuat duit terus masuk ke poket menerusi iklan dan tajaan peribadi selain pihak kelab membayar €500 ribu kepada Neymar sebagai bonus hak imej untuk menggunakan imej pemain itu dalam post di media sosial kelab. Gila bukan?

Bukan itu sahaja, Neymar juga akan menerima €85,000 untuk setiap kemenangan yang dicapai oleh Al Hilal dengan adanya dia bermain walaupun hanya seminit.

Selain itu, Neymar bakal mendapat bayaran sebanyak €500,000 untuk setiap posting di laman media sosial miliknya sekiranya mempromosikan negara Arab Saudi kepada peminatnya.