Perlawanan Ligue 1 di antara Marseille dengan Rennes terpaksa ditunda setelah Ultras Marseille melakukan tunjuk perasaan ganas dan merempuh stadium.

Sekumpulan ultras Marseille melancarkan serangan dan merosakkan kemudahan kelab pada hari Sabtu, sebagai protes kepada presiden kelab Jacques-Henri Eyraud.

Andre Villas-Boas mengakui pada hari Jumaat bahawa beliau terpaksa meninggalkan kelab kerana Marseille semakin jauh daripada persaingan liga mahupun slot ke UCL.

Marseille telah tewas dalam empat perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, dan tanpa kemenangan dalam beberapa permainan liga.

Video dan gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan peminat menyerbu kompleks latihan kelab – di mana para pemain berkumpul sebelum mereka menghadapi Rennes.

Terdapat juga video menunjukkan beberapa kebakaran berlaku. Sementara L’Equipe juga mendakwa bahawa pemain pertahanan Alvaro Gonzalez terkena projectile.

Ultras melukis grafiti di sekitar pintu masuk, dengan menyatakan: “Eyraud keluar … Eyraud berambus.”

Marseille kemudian meminta penundaan pertandingan mereka dengan Rennes, yang dijadualkan akan dimulai pada pukul 9 malam waktu tempatan. Marseille menganggap keadaan tidak selamat untuk perlawanan bola sepak.

marseille-cropped_4bdiu261zdfy1q4toeqb1fmiz

LFP, dengan persetujuan Rennes, bersetuju dengan permintaan itu. Tarikh baru perlawanan tersebut akan diumumkan kelak.

Baca juga perkembangan lain

La Liga: Real Madrid Dimalukan Levante, Eder Militao Kad Merah Seawal Minit Ke-9

EPL: Terikat Dengan Arsenal Di Emirates, United Gagal Ikat City Di Puncak Liga

EPL: Sadio Mane Cemerlang Bantu Liverpool Tewaskan Spurs