Liverpool berkunjung ke Stadium Tottenham untuk aksi Liga Perdana Inggeris.

Perlawanan ini adalah perlawanan tumpuan melibatkan dua pasukan big six.

Sadio Mane sepatutnya meletakkan Liverpool di hadapan pada awal perlawanan. Namun Mane gagal menyempurnakan situasi satu lawan satu.

Son Heung Min memiliki peluang yang sama dengan Mane, dan menewaskan Alisson dengtan leretan yang cantik. Malang sekali VAR mendapati Son Heung Min hanya sedikit ofsaid.

Liverpool kemudian tampil lebih dominan. Tetapi Son Heung Min datang lagi dengan ancamannya, dan kali ini Alisson berjaya menyelamatkannya.

Sadio Mane walaubagaimanapun, pada saat akhir, masa kecederaan separuh masa pertama – beliau mencipta gol untuk Roberto Firmino selepas beliau melepasi perangkap ofsaid.

Mourinho berang dengan kelekaan pertahanannya.

tag_reuters.com,2021_newsml_UP1EH1S1LV1U7_742564739_768x432

Masuk separuh masa kedua, Liverpool menambah satu lagi gol menerusi Trent Alexander Arnold. Sadio Mane sekali lagi menjadi pencetus kepada gol tersebut.

Rembatan Mane termuntah daripada tangan Lloris, dan dirembat oleh Trent dengan kemas pada minit ke-47.

tag_reuters.com,2021_newsml_UP1EH1S1MP7UL_1084579231_768x432

Spurs kemudian merapatkan jurang gol, dua minit kemudian menerusi Hjoberg. Rembatan deras dari luar kotak penalti yang menewaskan Alisson.

Pada minit ke-59, Mohamed Salah menjaringkan gol deras menewaskan Lloris. Malang sekali gol itu dibatalkan kerana bola terlebih dahulu terkena tangan Firmino.

Harry Kane dan Son Heung Min sangat sunyi pada separuh masa kedua kerana tidak mendapat servis daripada rakan mereka.

Lalu, pada minit ke-65, Sadio Mane akhirnya berada dalam senarai penjaring. Kali ini bukan sahaja Mane menemui sentuhan gol, tetapi Trent Alexander Arnold turut menemui sentuhan assist.

Mourinho memasukkan Gareth Bale pada babak akhir perlawanan. Namun tidak mampu menghalang Liverpool menamatkan rekod tanpa kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir mereka.

Baca juga perkembangan lain

Kerosakan Era Bartomeu, Barcelona Berisiko Muflis, Hutang Meningkat Kepada €1.2 Billion

Solskjaer Dan Maguire Salahkan Pengadil

EPL: Debut Tuchel Berakhir Seri