UiTM FC memutuskan untuk menggunakan khidmat penjaga gol import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila sah menandatangani penjaga gol dari Croatia, Dominik Picak.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Picak menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana Picak bakal beraksi buat kali pertama dalam saingan liga bola sepak di rantau Asia.
Picak banyak beraksi di saingan bola sepak Croatia dan juga Jerman dimana beliau memulakan karier bersama Dynamo Zagreb yang merupakan salah satu kelab terbaik di Croatia.
Dalam saingan musim 2020, penjaga gol berusia 28 tahun ini beraksi bersama SV Babelsberg 03 dalam saingan Regionalliga Nordost yang merupakan divisyen keempat dalam piramid bola sepak Jerman.
Selain itu, Dominik Picak juga pernah beraksi bersama skuad bawah umur Croatia seperti skuad B-17, B-18, B-19 dan B-21 tahun selain bersama skuad senior pada 2013 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Liechtenstein.
Picak bukanlah penjaga gol import pertama yang beraksi bersama UiTM FC dimana pada musim 2016 lalu, The Lions Troops pernah mengambil khidmat penjaga gol dari Kyrgyzstan iaitu Pavel Matiash.
Matiash menjadi penjaga gol utama ketika UiTM masih beraksi dalam saingan Liga Perdana.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Media Jepun Dedahkan Bekas Pemain Kashima Antlers, Masashi Motoyama Setuju Sertai Kelantan United
Konsep Binaan Kontena Jadi Pilihan Terengganu FC Naik Taraf Fasiliti Pusat Latihan
Media Indonesia Jelaskan Syahrian Abimanyu Mungkin Dipinjamkan Ke Kelab Divisyen 2 Sepanyol