UEFA baru sahaja meluluskan peraturan baharu dalam perlesenan kelab serta regulasi baharu dalam Financial Fair Play (FFP).
Peraturan baharu FFP ini akan membolehkan kelab mengalami kerugian lebih besar berbanding sebelum ini. Selain itu UEFA juga memperkenalkan had maksimum yang boleh dibelanjakan oleh kelab dalam perpindahan dan pembayaran bil gaji pemain.
UEFA memang sudah lama merancang untuk menstruktur semula peraturan FAP yang diperkenalkan pada 2010 untuk mengawal kelab daripada menanggung hutang yang terlalu tinggi.
Had kawalan ke atas perbelanjaan kelab juga dibuat untuk mengekang kuasa yang tidak ada batasan pada kewangan kelab kelab tajaan dana kerajaan seperti Manchester City dan Paris Saint-Germain.
Ini dengan menghalang pemilik kelab kelab ini sewenang wenangnya menyuntik dana peribadi mereka dengan jumlah terlalu besar.
Jadi, kelab kelab sepert City dan PSG perlu memenangi kejuaraan untuk bonus pertandingan serta mendapatkan tajaan besar untuk membolehkan mereka bersaing dengan adil dengan kelab lain.
Baru baru ini, presiden FIFA, Aleksander Ceferin mengumumkan bahawa terdapat rombakan pada peraturan FFP berkaitan dengan gaji pemain dan juga perpindahan.
UEFA kini akan membenarkan kelab mencatatkan kerugian €60 juta dalam tiga tahun kewangan berbanding €30 juta dalam tempoh yang sama sebelum ini.
Malah angka itu boleh diberikan kelonggaran sehingga ke angka €90 juta untuk kelab kelab yang diletakkan dalam senarai ‘kewangan yang sihat’. Merujuk kepada kelab kelab yang besar yang memiliki penaja yang kuat serta aspek lain seperti kutipan tiket hari perlawanan. Misalnya Barcelona yang mampu menjana ratusan juta euro daripada tiket perlawanan.
Namun begitu, teradapat juga had baharu dalam perbelanjaan dan juga bil gaji pemain.
UEFA masih tidak dapat mengimplentasikan gaji siling seperti mana sukan di Amerika Utara kerana ianya memerlukan mandat daripada 55 ahli gabungan UEFA. Kemudian perlu mendapat kelulusan daripada Kesatuan Eropah serta Peratura Buruh dan Persaingan Eropah.
Namun di bawah peraturan baharu, UEFA akan mengenakan had perbelanjaan ke atas pembelian pemain, had gaji secara keseluruhan satu pasukan dan terbaru – bayaran ejen pemain, kesemua bahagian tersebut haruslah tidak melebih 70% daripada pendapatan kelab.
Had tersebut akan dikurangkan secara berperingkat. Untuk akaun semasa masih kekal 90% sehingga 2023/24, kemudiannya 80% pada musim berikutnya dan diikuti angka 70%.
Had tersebut ditetapkan berdasarkan angka purata sebelum pandemik menunjukkan bahawa kelab kelab eropah berbelanja berada pada paras purata 70% daripada pendapatan mereka untuk membolehkan akaun mereka kekal sihat, menurut Pengarah Kestabilan Kewangan Eropah, Andrea Traverso.
Ceferin mengingatkan kesemua pasukan bahawa, mana mana pasukan yang melanggar peraturan baharu itu, akan dikenakan tindakan berat termasuk denda dan juga dari segi aspek kesukanan – seperti pemotongan mata, larangan beraksi dalam kejohanan kelab kelab eropah dan sebagainya.
Jumlah denda adalah bergantung kepada salah laku dan status kewangan kelab tersebut. Wang denda itu akan diagihkan kepada kelab kelab yang mengikut peraturan dengan sebaiknya. Polisi yang digelar Ceferin sebagai “luxury tax” yang diperjuangkannya sejak sekian lama.
Jika kesalahan berulang, sesebuah pasukan akan berdepan hukuman dari segi kesukanan. Ini termasuk larangan menggunakan beberapa pemain dan menghadkan saiz skuad. Selain itu, pasukan tersebut turut berdepan pemotongan mata dalam kejohanan UCL yang akan menggunakan format baharu bermula 2024.
Hukuman paling berat pastinya larangan menyertai pertandingan kelab kelab eropah seperti UCL dan UEL.
UEFA sebelum ini mendapat kritikan yang meluas daripada pelbagai pihak. Ini selepas mereka gagal dalam menghukum Manchester City dan PSG sebaik sahaja kes dibawa ke CAS.
Misalnya, pada tahun 2020, UEFA mengenakan larangan kepada Manchester City daripada beraksi di UCL selama 2 tahun. Namun hukuman itu berjaya dicabar oleh Manchester City,
Seterusnya presiden La Liga, Javier Tebas menuduh UEFA tidak berani menghukum Manchester City dan PSG yang dituduh dengan sengaja membuatkan pasaran perpindahan pemain mengalami inflasi teruk.
Walaupun ada sekatan oleh FFP, namun PSG dan City terus berbelanja lebih besar daripada pesaing pesaing mereka yang lain. Terutama sekali PSG di mana nilai kormesial Ligue 1 agak rendah berbanding La Liga dan EPL.
Traverso berikrar bahawa peraturan baharu akan lebih ketat dan UEFA akan lebih tegas.