Manchester harus menyalahkan diri mereka sendiri, kerana gagal bertahan dengan baik pada kedudukan mereka memiliki kelebihan 2 gol secaa agregat berbanding Real Madrid.
Namun pada minit ke-90 dan ke-90+1, Mancester City melepaskan 2 gol dalam 2 minit. Penjaring kedua dua gol tersebut juga pemain yang sama iaitu Rodrygo Goes.
Karim Benzema memastikan Real Madrid ke final sekali lagi.
⚽️ Liverpool vs Real Madrid
📆 Saturday, May 28th
📍 ParisThe stage is set.
The 2022 #UCL final is coming soon… pic.twitter.com/yFObX9cxpt
— Football on TNT Sports (@footballontnt) May 4, 2022
Manchester City berkunjung ke Santiago Bernabeu dengan kelebihan agregat 1 gol hasi kemenangan 4-3 di Etihad.
Manchester City tampil dengan aksi lebih dominan. Namun dari segi ciptaan peluang, kedua dua pasukan adalah setara.
Manchester City berdepan dengan masalah intensiti mereka yang tidak selaju seperti biasa dalam perlawanan ini.
Real Madrid berpeluang menyamakan kedudukan agregat apabila Karim Benzema dan Vinicius Jr terlepas peluang untuk menampan masuk bola pada awal separuh masa kedua.
Pemain yang dalam prestasi terbaik, Riyad Mahrez menjaringkan gol pertama perlawanan ini pada minit ke-73. Sekaligus meletakkan Man City 5-3 di hadapan secara agregat.
Manchester City kemudian memberikan peluang kepada Real Madrid mengawal lebih banyak penguasaan bola. Mereka menerima padah apabila Rodrygo menghidupkan semula perlawanan dengan gol penyamaan dalam perlawanan ini dan gol yang merapatkan agregat kepada 4-5.
Gol tersebut dihasilkan pada minit ke-90.
Kira kira seminit kemudian Rodrygo seakan akan berada di awangan dengan gol kedua peribadinya dan gol yang mengikat Man City secara agregat, lalu mengheret perlawanan ke masa ekstra.
⚪️Real Madrid are LEVEL at the death.
⚽️ 90’ Rodrygo
⚽️ 91’ Rodrygo🔥What A Game 👊What A Player#UCL|#RealMadrid|#ManchesterCity pic.twitter.com/2kvqcXZpYE
— FIFA World Cup Stats (@alimo_philip) May 4, 2022
Pada masa ekstra, pemain pertahanan City, Ruben Dias menjatuhkan Karim Benzema dalam kotak penalti.
Pengadil memberikan penalti yang disempurnakan Benzema untuk menjadikan kedudukan 6-5 memihak Real Madrid secara agregat.
Manchester City gagal membalas gol tersebut dan Real Madrid mara ke final dengan bergaya.
It was 1-0 when Grealish came on and City were cruising. He missed two massive chances and could only watch on as his team collapsed to a humiliating defeat.
It's not been the best first season for Jack has it? 😕 pic.twitter.com/Wbx6UD7iuO
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) May 4, 2022
Ini adalah final kelima Carlo Ancelotti di dalam kariernya selepas mara ke final 3 kali bersama AC Milan pada 2003, 2005 dan 2007., Serta 2 kali bersama Real Madrid pada 2014 dan 2022.
Dua daripada 5 final Ancelotti adalah berdepan dengan Liverpool. Di mana dia kalah pada 2005 dan menang pada 2007.
Kali terakhir Real Madrid dan Liverpool bertemu adalah pada final UCL 2018. Di mana aksi komedi tragis Lloris Karius menghadiahkan Real Madrid kejuaraan UCL ke-13 dalam sejarah kelab mereka.
Real Madrid are back in the Champions League final.#UCLfinal pic.twitter.com/6wY7eDXCNV
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) May 4, 2022
Setahun selepas itu Liverpool menjulang UCL keenam mereka. Di mana The Reds turut cemerlang mencatatkan 3 final UCL dalam lima musim terakhir mereka.