Luis Diaz menjadi watak penting dalam membantu kemenangan Liverpool ke atas Benfica. Diaz menjadi pemain terbaik perlawanan selepas aksi memukaunya di Estadio Da Luz.

https://twitter.com/abdiHakem10/status/1511449483967619075

Liverpool turun dengan meletakkan Sadio Mane sebagai false 9. Luis Diaz dan Mohamed Salah bermain di kanan dan kiri.

Liverpool di hadapan pada minit ke-17, menerusi tandukan Ibrahima Konate. Gol itu adalah gol pertamanya untuk Liverpool sejak menyertai The Reds pada musim ini.

Liverpool mendominasi separuh masa pertama dan mencipta beberapa lagi peluang.

Mohamed Salah antara pemain yang memiliki banyak peluang dalam perlawanan ini. Namun gagal disudahkan.

Pada minit ke-34, Sadio Mane meletakkan Liverpool 2 gol di hadapan. Luis Diaz memainkan peranan penting dalam gol ini.

Diaz menerima hantaran Trent Alexander Arnold dan terus menanduk ke arah Mane untuk disudahkan pemain antarabangsa Senegal itu.

Kedua dua pasukan menuju bilik persalinan dengan skor 0-2 memihak pelawat.

Bersambung babak kedua, hanya 4 minit selepas wisel sepak mula, Darwin Nunez merapatkan jurang gol.

Nunez memanfaatkan kesilapan Ibrahima Konate yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas. 1-2 pada minit ke-49.

Gol tersebut menaikkan semangat Benfica yang semakin berani dan agresif menyerang.

Namun malangnya ketika mereka rancak mencari gol penyamaan, Liverpool berjaya menambah gol ketiga menerusi Luis Diaz.

Diaz menerima hantaran Naby Keita dan kemudian menggelecek penjaga gol lawan. Dengan gawang terbuka, Diaz tidak melakukan kesilapan untuk menolak masuk bola.

Tamat perlawanan, Benfica 1 Liverpool 3. Tugas berat menanti Benfica di Anfield. Mujur bermula musim ini UCL tidak lagi menggunakan peraturan gol di tempat lawan.