Newcastle United berjaya tewaskan PSG 4-1 dalam aksi kedua peringkat kumpulan F Liga Juara Juara Eropah.
Baca Juga:
- UCL 2023/24: Man United Kalah Di Tangan Galatasaray
- Varane Ada Formula Yang Boleh Membantu United Juara UCL Musim Ini
- Kenali 4 Penjaga Gol Yang Hasilkan Jaringan Dalam Kempen UCL
Berstatus pasukan dark horse dalam kumpulan F, ternyata Newcastle tidak gerun langsung berdepan dengan pasukan serba bintang PSG di hadapan penyokong mereka sendiri.
Newcastle di hadapan menerusi gol Miguel Almiron pada minit ke-17 selepas melakukan susulan kemas daripada bola yang muntah dari tangan Donnarumma.
Kemudian Newcastle menambah gol menerusi Dan Burn pada lewat separuh masa pertama. Di mana VAR, GLT dan juga teknologi ofsaid separa automatik digunakan untuk mengesahkan gol itu.
PSG yang kebuntuan hanya mendapat gol saguthati pda minit ke-56 daripada Lucas Hernandez. Itupun selepas Sean Longstaff meletakkan Newcastle 3 gol di hadapan pada minit ke-50.
Keadaan menjadi terus hambar buat PSG apabila Fabian Schar membunuh sisa sisa perjuangan mereka dengan gol cantik pada masa kecederaan.
Tamat perlawanan, Newcastle tewaskan PSG 4-1 dalam aksi yang sangat membanggakan peminat mereka.
A FAMOUS NIGHT AT ST. JAMES' PARK!!!!! 😍😍😍 pic.twitter.com/ixs0u1nXrS
— Newcastle United FC (@NUFC) October 4, 2023
Eddie Howe menikmati kemenangan pertamanya di pentas UCL sebagai pengurus.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan F, AC Milan sekadar seri tanpa jaringan dengan Borussia Dortmund.
Keputusan ini membolehkan Newcastle menjadi pendahulu kumpulan F yang dianggap kumpulan maut sebelum ini.
Luis Enrique dan bintang utama PSG, Kylian Mbappe kelihatan tergamam dengan kekalahan besar ini. Dan sudah tentunya Nasser Al Khelaifi tidak menyukainya. Lebih lebih lagi Newcastle milik konsortium Arab Saudi yang menjadi ‘musuh’ kepada Qatar.