Skuad kebangsaan UAE telah mengadakan kem latihan pusat sejak bulan lepas sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun depan.
Wabak pandemik COVID-19 tidak halang mereka untuk mengaturkan perlawanan persahabatan antarabangsa dan tewas 1-3 kepada pasukan di ranking 71 dunia, Bahrain di Dubai semalam.
Ini adalah kekalahan kedua UAE dalam 3 perlawanan persahabatan antarabangsa sejak dibawah kendalian ketua jurulatih baharu, Jorge Luis Pinto. Sebelum ini, mereka kalah 1-2 kepada Uzbekistan pada 12 Oktober lepas.
Dalam perlawanan semalam, UAE yang mencatat kemenangan 3-2 ke atas Tajikistan minggu lepas terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui pemain naturalisasi dari Brazil, Caio Canedo.
Di separuh masa kedua, Bahrain mempamerkan kebangkitkan apabila meledak 3 gol termasuk jaringan penalti pada minit ke 75. Mereka sempat menghukum kelemahan benteng pertahanan UAE melalui dua jaringan Mohamed Al-Rumaihi pada minit 82 dan 86.
Selain Caio Canedo, seorang lagi pemain naturalisasi iaitu Fabio de Lima turut beraksi dalam perlawanan itu. De Lima mempamerkan aksi yang menyakinkan dan kerap memberi masalah kepada pertahanan Bahrain meskipun tidak menjaringkan gol.
Berdasarkan kemaskini jadual terbaharu pusingan kelayakan ke-2 Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 zon Asia, skuad Harimau Malaya akan bertemu UAE pada bulan Mac 2021.
Selepas tamat pusingan ke-2 itu, semua 12 pasukan yang layak ke pusingan akhir kelayakan zon Asia akan memulakan perlawanan pada bulan September 2021 dan semua perlawanan pusingan akhir ini akan tamat pada hujung bulan Mac 2022.
Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata selepas mencatat kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand manakala UAE di kedudukan keempat dengan 6 mata.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.
Sudah Setahun Skuad Harimau Malaya Tidak Berlatih Bersama, Tan Cheng Hoe Mula Risau