Harry Kane kini benar benar berminat untuk menyertai Bayern Munich, dan kelabnya Tottenham sedia menawarkan pakej kontrak dengan tawaran khas selepas persaraan.

Baca Juga:

Spurs masih berusaha meyakinkan Kane untuk terus kekal di kelab itu. Mereka mahu melakukan apa sahaja untuk menghalang Kane daripada menyertai Bayern.

Antaranya dengan menawarkan gaji £400 ribu seminggu di Tottenham. Dan Kane ketika ini masih berhasrat untuk menyertai Bayern yang menawarkannya lebih peluang untuk memenangi piala.

Spurs sudah menolak 2 bidaan daripada Bayern untuk pemain itu. Dan Bayern sedia untuk melancarkan bidaan ketiga untuk mendapatkan Harry Kane.

Tottenham sudah meletakkan tanda harga €120 juta untuk Harry Kane, jika Bayern benar benar berminat dengan penyerang terbaik sepanjang zaman kelab mereka itu.

Daniel Levy berharap Kane akan terus kekal di Spurs. Dan Tottenham akan menawarkan pakej peranan khas Kane selepas persaraan dia kelak di Spurs jika pemain itu memutuskan untuk kekal dan bersara di kelab itu.

Kane boleh terlibat dalam jawatan kejurulatihan atau teknikal selepas bersara kelak bersama dengan Spurs.

Spurs memberikan contoh peranan Ledley King. Di mana King berperanan sebagai duta kelab itu. Kane boleh memulakan karier kejurulatihan dan belajar asas pengurusan di Spurs selepas bersara kelak.

Bayern benar benar berharap bahawa mereka akan dapat membeli Harry Kane pada jendela perpindahan kali ini. Dan mereka juga sedia menunggu Kane menjadi ejen bebas tahun hadapan jika Spurs berdegil tidak mahu menjual pemain itu.

Harry Kane memasuki tahun akhir kontraknya bersama dengan Spurs. Dia masih belum menunjukkan tanda tanda berminat mahu melanjutkan lagi kontraknya bersama dengan kelab di Utara London itu.