Tottenham menawarkan kontrak baharu yang besar kepada Harry Kane untuk menghalangnya daripada menyertai Bayern Munich.

Namun penyerang tidak tergesa-gesa untuk menandatangani kontrakn itu. Walaupun Levy berkeras bahawa Kane tidak dijual dan percaya dia akan melanjutkan kontraknya bersama kelab itu.

Tottenham telah membuat tawaran kontrak baru yang besar kepada Harry Kane. Jauh lebih tinggi daripada gaji semasanya £200,000 seminggu.

Tetapi bintang utama kelab itu tidak berniat langsung untuk menandatanganinya dan difahamkan tidak akan berbuat demikian sementara jendela perpindahan masih dibuka.

Kane sendiri dilaporkan berminat untuk menyertai Bayern Munich yang dilihat sebagai kelab yang akan menjamin dia memenangi trofi.

Kane, yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-30 pada 28 Julai ini, telah memasuki 12 bulan terakhir kontrak enam tahunnya di Spurs dan diidamkan oleh banyak kelab terkemuka, termasuk Bayern Munich, yang minggu lalu membida €70 juta untuk Kane.

Thomas Tuchel, pengurus Bayern, berusaha keras untuk Kane. Namun Spurs menolak tawaran itu sebagai terlalu rendah. Bayern sedia menunggu Kane menjadi ejen bebas selepas kontraknya tamat pada akhir musim 2023/24.

Kane
Kredit Foto: Twitter Tottenham Hotspur

Levy masih percaya Kane akan menandatangani kontrak baharu dan kekal di Spurs serta bersara di kelab itu. Malah menyatakan bahawa, Kane akan memenangi trofi bersama Spurs terutama sekali di bawah pengurus baharu Ange Postecoglou.

Pengurus baharu itu mahu bermain dengan 3 penyerang dalam 4‑3‑3.

Spurs telah menandatangani penjaga gol Guglielmo Vicario dan pemain tengah James Maddison dan bersedia untuk mengumumkan pembelian pemain sayap Manor Solomon.

Keutamaan sekarang ialah pertahanan tengah, dengan Davinson Sánchez dan Japhet Tanganga dijual, mereka boleh menambah seramai tiga pemain dalam bahagian pertahanan.

Spurs sedang dalam perbincangan lanjut untuk Micky van de Ven yang dinilai £30 juta dari Wolfsburg dan Edmond Tapsoba dari Bayer Leverkusen adalah sasaran lain.