Bayern Munich telah menghantar bidaan rasmi mereka mendapatkan Harry Kane. Dan angka bidaan itu membuatkan Spurs tidak gembira dengannya.
Baca Juga:
- Spurs Mahukan Harry Maguire Untuk Tunjukkan Kepada Kane Kelab Serius Mahukan Piala
- Levy Akan Buat Apa Sahaja Halang Harry Kane Daripada Sertai Manchester United
- Andy Cole: Newcastle Sudah Ada Alexander Isak, Tak Perlu Bawa Masuk Harry Kane
Bidaan yang diletakkan Bayern bernilai €70 juta dan ditambah dengan bonus.
David Ornstein melaporkan bahawa angka itu tidak cukup untuk menggerakkan hati Spurs untuk menerima tawaran sekecil itu bagi Harry Kane.
Sebelum ini Daniel Levy pernah meletakkan harga Kane adalah £100 juta / €116 juta untuk Harry Kane. Dan memberikan amaran, untuk kelab kelab di Inggeris, tanda harga adalah berbeza.
FC Bayern have submitted an official bid for Harry Kane. Fixed fee close to €70m plus add-ons, not enough to convince Tottenham. It was rejected 🚨⚪️🔴 #FCBayern
Official proposal was sent today, as first called by @David_Ornstein.
Spurs won’t accept that kind of fee for Kane. pic.twitter.com/QN2yZ9SKVB
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 27, 2023
Kane masih belum melanjutkan kontraknya dengan Spurs. Musim sebelum ini pemain itu pernah meminta untuk dijual ke Manchester City namun Tottenham menolaknya.
Akhirnya Kane terus kekal bersama dengan kelab itu.
Beberapa bulan lalu, Daniel Levy terbuka menyatakan bahawa dia yakin Kane akan terus kekal dan bersara di Spurs.
Levy turut meminta Kane jangan risau dengan ketiadaan trofi – yang sentiasa menjadi topik perdebatan tentang karier Kane – kerana pemain itu pasti akan memenangi sesuatu di Spurs.
Bayern Munich akan cuba meneruskan misi memburu Harry Kane kerana percaya pemain itu tertarik untuk menyertai mereka.
Kane dianggap pemain paling ideal menyarung jersi Bayern sebagai no.9. Bayern masih mencari pengganti sebenar kepada Robert Lewandowski yang sebelum ini menyertai Barcelona.
Kontrak semasa Harry Kane bersama Tottenham Hotspur masih berbaki hanya setahun sahaja.