Baru-baru ini peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita pasukan Pahang yang diarah membayar US$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada bekas pemain mereka, Mohamadou Sumareh kerana kegagalan melunaskan tunggakan gaji selama beberapa bulan.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberikan tempoh selama 45 hari kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) untuk melangsaikannya dan jika tidak, mereka akan berdepan hukuman sekatan perpindahan serta pemotongan mata liga.
Perkembangan itu turut menarik perhatian pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ketika Sumareh diumumkan sebagai pemain baharu kelab itu petang tadi.
Menurut kenyataan TMJ di laman instagram pahangfansclub, beliau sedia menjadi orang tengah untuk berunding dengan Sumareh bagi mengurangkan hutang RM4.9 juta yang ditanggung oleh pasukan Pahang.
Sumareh sebelum ini mengambil tindakan untuk membuat aduan rasmi ke FIFA kerana tidak dibayar gaji selama beberapa bulan ketika bersama skuad tok gajah musim lepas sehingga klausa 8.7 diaktifkan.
Beliau telah menandatangani kontrak dengan Pahang sehingga 2022 dan mempunyai kenaikan gaji sebanyak AS$ 5,000 (RM20,362) setahun pada musim kedua. Namun begitu, FIFA mendapati Pahang gagal membayar gaji mengikut kontrak yang telah ditandatangani.
Jumlah US$1.2 juta yang diumumkan oleh FIFA adalah jumlah hutang dalam tahunan ditambah pula dengan pelanggaran kontrak untuk musim 2020 dan 2021. Ini adalah jumlah terbesar yang telah diraihkan oleh pemain dari Liga Malaysia.
Pahang FA diberi tempoh selama 45 hari untuk menyelesaikan tunggakan gaji itu. Mereka juga boleh membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika alasan yang dikemukakan oleh FIFA tidak cukup kuat untuk menghukum mereka.
Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji Sumareh yang pernah dilaporkan sebelum ini melalui pautan dibawah.
Pahang Akan Buat Rayuan Kepada CAS Berhubung Kes Mohamadou Sumareh
PBNP Nafi Tidak Bayar Gaji, Sumareh Keluar Tanpa Berbincang Dengan Pihak Pengurusan
Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?