Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menjelaskan satu fakta yang penting untuk pengetahuan para peminat bola sepak tempatan.
Baca Juga:
- TMJ: JDT Berbeza Dari Rumput, Infrastruktur Hinggalah Tempat Simpan Baja
- TMJ: Nak ‘Maintain’ Padang Pun Tak Mampu, Macam Mana Nak Ada Stadium Sendiri?
- TMJ: Kejohanan Eropah Macam Serie A Pun Ada Bakar Suar
Menerusi kenyataannya di laman instagram, TMJ berkata beberapa pasukan Liga Super masih tiada stadium dan pusat latihan sendiri sebelum JDT diwujudkan.
Tambahnya, jika bukan JDT yang memulakan segala-galanya, semua pasukan tidak tahu buat apa-apa untuk kemajuan bola sepak mereka.
TMJ juga hairan masih ada pasukan yang tidak mahu menukar rumpur jenis cowgrass kepada rumput Zeon Zoysia. Rumput cowgrass sebenarnya tidak lagi sesuai untuk bola sepak moden.
“Sebelum adanya JDT mengapa semua tiada stadium sendiri bertahun-tahun? Mengapa semua tiada pusat latihan sendiri bertahun-tahun. Adakah semua hanya pandang Piala Malaysia?
“Apabila saya tubuhkan JDT barulah semua terkejar-kejar nak ada stadium sendiri dan pusat latihan. Barulah ada ke Asia bossku mentality.
“Itupun masih ada yang tak nak tukar rumput dan masih nak pakai rumput lembu/cow-grass. Hakikatnya jikalau saya tak mulakan, semua tak buat apa apa atau buat tak tahu.
“Sekarang apa yang saya buat semua ikut. So semua pasukan lawan dan penyokong bola sepak tanah air tidak boleh menafikan iaitu saya adalah perintis/pioneer bola sepak Malaysia. Ini bukan masuk bakul angkat sendiri, ini adalah fakta,” tulisnya di Instagram.
TMJ juga menegaskan perkara asas seperti infrastruktur bola sepak dan aspek pembangunan sangat penting berbanding membelanjakan semua wang untuk membeli pemain import.
“Apabila 11 tahun semua berbelanja berjuta-juta beli pemain import untuk kalahkan JDT.
“Anda semua terlepas pandang investment yang kecil dalam segi komersial, pembangunan bola sepak dan infrastruktur bola sepak yang boleh membantu kelab anda bertahan lama.
“Orang panggil ‘basic foundation’. Kestabilan adalah kunci kejayaan,” katanya lagi.
Sebagai rekod, JDT satu-satunya pasukan dalam Liga Malaysia yang memiliki fasiliti latihan yang lengkap serta stadium sendiri berkelas dunia sehingga digelar sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara.