Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT),, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mengesahkan salah seorang pemainnya, Leandro Velazquez masih lagi berstatus pemain kelab itu.
Baca Juga:
- Datuk Seri Vida Mahu Berguru Dengan TMJ
- TMJ: Sebelum Adanya JDT, Mengapa Semua Tiada Pusat Latihan Sendiri
- Esteban Solari: Kejayaan Mara Ke Final Piala FA Untuk TMJ
Ini selepas terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan Leandro bakal meninggalkan pasukan itu selepas pemain tengah dari Jepun, Takahiro Kunimoto dikatakan bakal dibawa masuk oleh JDT.
TMJ sahkan bahawa Leandro Velazquez kekal bersama JDT. pic.twitter.com/sIOlYWKuFC
— Malayantigerfans (@Malayantigerfan) August 2, 2023
Khabar angin ini terus ditepis oleh TMJ dengan mengatakan Leandro Velazquez masih lagi menjadi sebahagian daripada JDT dan tidak akan meninggalkan pasukan itu pada jendela perpindahan kedua saingan Liga Malaysia musim ini.
Leandro kekal menjadi salah satu pemain penting bagi JDT dalam saingan Liga Malaysia musim ini dimana beliau terus menjadi pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama dibawah bimbingan Esteban Solari.
Bagi Takahiro Kunimoto pula, beliau ketika ini beraksi dalam saingan Liga Portugal bersama Casa Pia yang mana pemain ini beraksi sebanyak 22 perlawanan dalam semua kejohanan musim lalu.
Sebelum ini, Kunimoto pernah beraksi bersama Gyeongnam dan Jeonbuk Hyundai Motors dalam saingan Liga Korea sebelum berhijrah ke saingan bola sepak Eropah.
Pada jendela perpindahan kedua musim ini, JDT membawa masuk bekas penyerang Bangkok United dan Muangthong United, Heberty bagi mengukuhkan jentera serangan.
Heberty tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringkan gol pertama bersama JDT dimana beliau meledak satu gol ketika menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim dalam saingan Liga Super 2023.