Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris atau TMJ mengesahkan bahawa JDT sedang dalam proses membawa masuk 3 lagi pemain ke dalam pasukan tersebut.

Baca Juga:

Ketiga tiga pemain itu diumumkan akan menyertai TMJ selepas Endrick Dos Santos. Itu berdasarkan kenyataan ringkas yang dibuat oleh TMJ menerusi Instagram rasmi miliknya.

Perkara itu dinyatakan oleh TMJ dalam satu komen ringkas ketika kelab mengumumkan penandatanganan Endrik Dos Santos pada hari ini menerusi 1 video ringkas.

TMJ sempat menyindir pihak yang menggelarkannya tangan ghaib, maka dia harus melakukan kerjanya.

“Ada 3 lagi [pemain baharu]. Dia ni Malaysian nanti. Dah nama pun tangan ghaib,” tulis TMJ dengan nada berseloroh.

Ayat tentang pemain Malaysia itu mungkin ditujukan kepada status kewarganegaraan Endrick Dos Santos. Kerana sebelum ini memang JDT mahu mendapatkan pemain itu sebagai pemain naturalisasi.

Jadi, menarik untuk melihat, siapakah gerangan 3 pemain yang akan sertai JDT itu nanti. Beberapa peminat sudah membuat spekulasi mereka sendiri.

JDT benar benar aktif memperkuatkan pasukan mereka bagi menghadapi musim 2023.

Sebelum ini JDT sudah mengumumkan kehadiran semula Digo Luis Santo dan juga Endrick Dos Santos sebagai pemain baharu.

JDT turut menghantar beberapa pemain bintangnya ke kelab lain secara pinjaman termasuk ke Sri Pahang dan pasukan di Liga Thailand.

JDT sekali lagi akan tampil dalam pentas tertinggi bola sepak Asia iaitu Liga Juara Juara AFC pada musim 2023.

Selain daripada turun sebagai juara bertahan kesemua pertandingan domestik.