Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menempelak pihak yang cuba menunggang kelabnya dengan mengeluarkan berita yang mengatakan pemain pasukan itu mahu berhijrah ke kelab lain.

Baca Juga:

Baru-baru ini, TMJ memberi komen mengenai berita yang mengatakan Bergson da Silva akan dipinjamkan ke salah satu pasukan Liga Super bagi membolehkan skuad Harimau Selatan mendapatkan Radamel Falcao.

TMJ menganggao berita itu sebagai tidak logik kerana di JDT mereka mempunyai permainan yang berkualiti.

“Logik? Siapa-siapa yang keluarkan cerita dan inginkan konten atau traction perlu mention JDT. Siapa pula yang percaya lagi jahil dari yang keluarkan cerita. Apa yang ada di JDT? Apa yang ada di pasukan lain?

“Jadi letak diri anda di tempat pemain JDT mengapa perlu mereka keluar? Minit bermain? Di JDT ada quality games. Bukan setakat main setiap perlawanan tetapi lawan pasukan apa? Di JDT aksi persahabatan sahaja berkualiti tinggi. Contoh lawan Dortmund, Zenit, FC Moscow dan lain lain.

“Perlawanan di ACL semua pemaim terlibat. Setiap tahun main Quality Matches. Safawi pergi loan akhirnya balik ke JDT sendiri dan nak kekal dengan JDT.

“Kenapa? Duit, pencapaian, facilities, quality matches dan pertandingan, high chance mencipta sejarah dan record dalam CV career.

“So lagi sekali logic atau tidak mana mana pemain nak keluar JDT? Jikalau keluar pun mesti ada perancangan tertentu oleh kelab.

“JDT adalah destinasi terbaik untuk mana mana permain bolasepak. So rumors macam ni semata mata nak traction dan baseless,” kata TMJ.