Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawap kritikan yang dilontarkan oleh bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim.

Kedua-duanya terlibat dalam satu perselisihan di media sosial dimana Teong Kim dalam komen terbaru beliau berkata dirinya adalah seorang jurulatih yang memiliki lesen Pro UEFA.

TMJ
Sumber Gambar: Instagram Lim Teong Kim

Menerusi laman media sosial Twitter, TMJ menjawap kenyataan yang dikeluarkan oleh Teong Kom dimana baginda berkata jika bercakap mengenai lesen Pro UEFA, JDT juga mempunyai jurulatih yang memiliki lesen yang sama.

“Berkenaan LTK, saya ditanya pendapat mengenai LTK sebagai calon Jurulatih NT yang baru. Jadi saya jawab dan memberi pendapat saya, termasuk gaji yg diminta utk menjadi coach pembangunan JDT. Kalau LTK nak menafikan, saya ada saksi.

“Kalau nak bercerita mengenai lesen jurulatihan, jurulatih fitness & conditioning JDT pun ada lesen pro UEFA,” katanya.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail menjemput pihak seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Cheng Hoe, Bojan Hodak dan Lim Teong Kim sendiri untuk bercakap mengenai masalah bola sepak di Malaysia.

“Saya jawab point by point. Fakta. So kalau susah sangat nak faham issue tersebut, jemput FAM, Teong Kim, Bojan Hodak, Tan Cheng Hoe, semua pakar-pakat bola Malaysia dan saya. Lontarkan soalan kepada kami dan watch us talk about the issues of Malaysian football. Easy. Based on facts.

“Kita boleh duduk bersemuka dan memberi peluang kepada penyokong untuk bertanyakan soalan tanpa berselindung. Tak perlu nak twist cerita.

“Apa yang saya katakan pada interview tersebut ialah perancangan FAM kena jelas dan realistik serta FAM perlu telus dan ada engagement dengan para penyokong dan juga media,” tambahnya.

TMJ mendedahkan Teong Kim pernah meminta gaji sebanyak €70 Ribu hingga €80 Ribu atau sekitar RM330-380 ribu sebulan dan membawa dua hingga tiga pembantu sewaktu memohon untuk bekerja dibawah kendaliannya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”

TMJ Anggap Gaji Lim Teong Kim Terlalu Tinggi Untuk Peringkat Pembangunan

‘Nama Besar’ Antara Individu Berminat Jadi Pembantu Kim Pan-gon