pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberi teguran kepada pemilik pasukan Liga Malaysia.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, TMJ menyatakan segelintir individu yang menjadi pemilik pasukan hanya pandai membuat kenyataan tanpa ada sumbangan atau memahami industri bola sepak.

TMJ
Sumber Gambar: Instagram TMJ

Tambah TMJ lagi, jika mahu memajukam bola sepak serta pasukan kebangsaan, pemilik perlu fokus terhadap pasukan sendiri.

Jika kelab membangun, maka liga serta infrastruktur akan turut membangun sekaligus bakal memberi sumbangan kepada pasukan kebangsaan.

TMJ
Sumber Gambar: Instagram TMJ

Tunku Ismail turut memberi teguran kepada segelintir pemilik dimana mereka boleh memberikan kritikan mengenai situasi kelab ataupun gaji pemain dan pegawai, namun tidak mengenai ranking.

TMJ
Sumber Gambar: Instagram Story TMJ

Sebelum ini, pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan mempersoalkan ranking pasukan negara yang berada di tangga ke-158.

Kritikan tersebut muncul selepas terdapat laporan yang mengatakan pasukan Kelantan bakal dipotong mata ekoran masih terpalit dengan isu tunggakan gaji.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Endrick Dos Santos Sedia Sarung Jersi Harimau Malaya

Negeri Sembilan Umum Alain Thiery Akono Akono Sebagai Pemain Import Baharu

Daniel Ting Teruja Kembali Beraksi Bersama Safee Sali