Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) semalam mengumumkan kemasukan pemain import baharu dari Cameroon iaitu Alain Thiery Akono Akono bagi menghadapi saingan Liga Premier musim ini.
Ini merupakan kali pertama beliau beraksi di Malaysia dan pemain yang berusia 25 tahun itu akan memperkuatkan jentera serangan skuad kendalian K. Devan.
“Dua rakan senegara saya pernah beraksi di sini dan hakikat inilah menguatkan lagi keputusan saya berhijrah ke sini. Dengan izin tuhan, selagi kudrat ada, selagi itu saya akan terus berusaha mencapai objektif musim ini,” katanya.
Dua pemain dari Cameroon yang pernah beraksi dengan Negeri Sembilan ialah Christian Bekamengga Bekamenggo dan Effa Owona.
SALUT AKONO! BIENVENUE Γ PAROI! π¨π² βοΈ π²πΎπ‘β«π΄
Alain Thiery Akono Akono merupakan pemain penyerang dan berasal dari Cameroon.
Berumur 25 tahun, ini merupakan kali pertama dia beraksi di Liga Malaysia.Welcome to Paroi, Akono.#NSFC2021#HobinJangHobin pic.twitter.com/TE8x1QLvo7
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) January 24, 2021
Berdasarkan rekod, Akono pernah beraksi bersama pasukan Liga 1 Cameroon, AS Fortuna. Berketinggian 182cm, dia menjaringkan 10 gol pada musim 19/20 sebelum berpindah ke pasukan Liga Premier Vodacom Tanzania, Azam FC.
Lebih menarik, Akono turut disenaraikan ke pemilihan pemain skuad kebangsaan Cameroon untuk Kejohanan Africa Nations yang dijadualkan pada April 2020, tetapi ditunda sehingga Januari 2021. Ia memaksa Akono menarik diri dari menyertai pemilihan skuad kebangsaan Cameroon.
Selain Akono, satu lagi slot import Asia diisi oleh pemain dari Korea Selatan yang berusia 27 tahun iaitu Bae Beom Geun. Beom tidak asing di bawah bimbingan Devan kerana pemain itu pernah beraksi bersama Petaling Jaya (PJ) City musim 2018-2019.
Lihat juga artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.Β
Faizal Azumu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA, Dedahkan Gaji Pemain Masih Tertunggak