Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsi visi dan misi kelab bagi menghadapi saingan musim 2023.
Baca Juga:
- Penyerang Zenit Anggap JDT Memiliki Barisan Pemain Berkualiti
- JDT Mungkin Jalani Latihan Pra Musim Di Eropah Tahun Depan
- TMJ Bakal Pengurus Baharu Harimau Malaya?
Menerusi perkongsian di laman media sosial rasmi pasukan, TMJ menegaskan JDT mempunyai agenda serta beberapa projek baru dan beliau mahu penyokong untuk mengimbas semula perjalanan kelab setakat ini.
“Ingat. Tahun baru, agenda baru, dan projek-projek baru. Saya nak penyokong JDT imbas semula permulaan dan perjalanan kelab kami. Sudah pelbagai kejayaan, pembangunan dan sejarah yang tercipta.
“Semua yang kami lakukan sejak 2013 daripada video di media sosial, strategi komersil, pembangunan bola sepak, insfrastruktur dan lain-lain baru diikuti mulai tiga atau empat tahun lepas hingga ke hari ini. Malah cara kami meraikan kejayaan kelab kami setiap tahun adalah luar biasa.
“Hanya orang yang tidak berakal sahaja yang menafikan dan tidak boleh menerima fakta iaitu kami adalah peneraju bola sepak tanah air. Pada era yang baharu ini, pendekatan kami lain. Di dalam dan di luar padang. ‘No more story line’.
“Semua benda yang kami akan lakukan dengan pendekatan lebih ‘short, sharp, simple, and class’ tahun ini adalah tahun di mana kami akan ‘Elevate the game’. Coming soon… Enjoy!” dipetik dari kenyataan dikeluarkan oleh pihak kelab.
Baru-baru ini, ketua jurulatih JDT, Esteban Solari tidak menolak kemungkinan pasukannya akan mengadakan kem latihan pra musim di Eropah pada tahun depan.
“Saya telah berbincang dengan ‘Boss’ (DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor) dan berkemungkinan kami akan mengadakan kempen pramusim di Eropah pula pada tahun hadapan,” katanya.
Juara bertahan Liga Super itu baru sahaja menamatkan siri jelajah pra musim di Dubai dengan kekalahan apabila tewas 3-0 kepada juara Liga Premier Rusia, FC Zenit Saint Petersburg di Stadium Maktoum Bin Rashid Al Maktoum.
Menurut Solari, ia adalah perlawanan berkualiti yang sangat diperlukan oleh pasukannya dan pada masa yang sama membantu mereka memperbaiki segala kelemahan.