Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mendedahkan jumlah gaji yang beliau berikan kepada pemain sayap muda negara iaitu Arif Aiman.
Menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya, TMJ menyatakan beliau hanya memberikan gaji sebanyak RM11,000 kepada Arif tahun lalu dan meskipun gaji tersebut dianggap kecil, tetapi Arif masih mampu untuk menampilkan prestasi terbaik mereka.
“Saya kenal setiap pemain, dari pasukan utama hingga ke akademi. Saya juga yang membuat keputusan mengenai kontrak pemain. Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas? RM11,000 sahaja. Tetapi beliau bermain dengan bersungguh-sungguh.
“Kenapa begitu? Kerana macam mana saya jaga setiap pemain. Contoh bonus akan diberikan kepada setiap pemain yang memberikan 100 peratus ketika sesi latihan dan perlawanan,” kata TMJ.
TMJ turut menambah beliau dan jurulatih akan menilai setiap pemain baharu yang akan dibawa masuk sama ada pemain tersebut sesuai dengan falsafah atau gaya permainan yang digunakan oleh kelab atau sebaliknya.
Sebelum ini, memberi bayangan bahawa pasukannya mungkin membawa masuk salah seorang pemain ternama dari Argentina iaitu Papu Gomez.
TMJ berkata demikian menerusi laman media sosial Twitter miliknya dimana baginda menyatakan beliau tidak pernah tahu pemain mana yang akan dibawa masuk namun perancangan untuk memantapkan pasukan menjelang saingan liga musim hadapan sudah dimulakan.
I don’t know. Or maybe Papu Gomez from Sevilla. You never know. There’s already plans to Improve the squad for next year. We’ll see. https://t.co/LnKePFScfS
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 5, 2022
“Saya tak tahu. Mungkin Papu Gomez dari Sevilla. Perancangan sudah dilakukan untuk memantapkan pasukan menjelang musim hadapan. Kita lihat,” katanya.
TMJ turut berkongsi di laman Instagram Story miliknya yang menunjukkan beliau sedang meluangkan masa bersama Gomez dalam satu acara polo sekaligus memberi bayangan pemain berusia 34 tahun itu akan berseragam JDT pada musim hadapan.
JDT pernah dibarisi oleh pemain terbaik dari Argentina sebelum ini seperti Jorge Pereyra Diaz, Juan Martin Lucero, Luciano Figueroa dan ketika ini Fernando Forestieri yang mencipta gandingan mantap bersama Bergson.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini: