Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) membalas kritikan yang dilontarkan oleh pemain pertahanan Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco mengenai pemain JDT ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 menentang Selangor baru-baru ini.
Baca Juga:
- TMJ: JDT Akan Pinjamkan Beberapa Pemain Senior Pasukan
- TMJ: JDT Akan Tampil Sebagai ‘Underdog’ Pada Musim 2023
- Esteban Solari Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim
Menerusi tinjauan di ruangan komen laman Instagram Junior Eldstal, TMJ memberikan komen Junior memenangi lebih banyak trofi pada musim 2022 berbanding Giancarlo sepanjang pemain dari Australia itu bergelar pemain profesional.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) November 30, 2022
“Dalam setahun, Junior lebih banyak memenangi trofi berbanding Giancarlo sepanjang bergelar pemain. Tong kosong sememangnya nyaring bunyinya. Sesetengah orang patut sedar diri sebelum membuka mulut. Musim 2022 3-0, 3-0 dan 5-0 (merujuk kepada kemenangan JDT ke atas KL City musim ini). Jadi duduk diam-diam,” kata TMJ.
Junior kemudiannya turut memberikan komen dimana beliau mengatakan pemenang selalu fokus untuk terus mencatat kemenangan manakala yang kalah akan memberikan fokus mereka terhadap pemenang.
Tidak tinggal diam, Giancarlo Gallifuoco kemudiannya membalas komen TMJ dengan mengatakan beliau tidak berniat untuk menyingggung mana-mana pihak dengan komennya di laman media sosial Twitter.
“Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa. Komen saya bertujuan sebagai bahan jenaka ringan. Seperti yang saya maksudkan, JDT adalah pasukan yang berkualiti dan memiliki ramai pemain berkualiti. Tahniah di atas pencapaian yang diraih musim ini,” balas Giancarlo.
Sebelum ini, Gallifuoco mengkritik pemain JDT dengan melabel mereka sering melakukan simulasi pada aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 menentang Selangor. Kritikan ini nyata sukar diterima oleh salah seorang pemain JDT iaitu Arif Aiman dimana pemain muda itu meminta agar Giancarlo menutup mulut.
Bekas pemain Sabah dan Negeri Sembilan, Scott Ollerenshaw turut memberikan komen terhadap ciapan Gallifuoco dimana beliau meminta agar pemain itu berdiam diri dan tidak membuat sebarang kenyataan.
“Anda sekarang bergelar pemain bintang ya Charlie? Anda tak boleh berjaya di Australia dan sekarang anda patut bersyukur dapat cari makan di sini.
“Duduk diam dan jangan keluarkan kenyataan terumamanya terhadap kelab yang sentiasa memenangi kejuaraan dan beraksi di pentas AFC Champions League (ACL) yang mana turut membantu pasukan lain di Malaysia untuk layak ke Asia,” kata Ollerenshaw.