Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menganggap kelab Bulgaria, Levski Sofia tidak boleh menerima hakikat apabila ketinggalan ketika menentang kelab kecil yang mana perlawanan persahabatan antara kedua pasukan terpaksa dihentikan.

Baca Juga:

Menurut komen TMJ di laman media sosial rasmi kelab, baginda menganggap Levski Sofia tidak dapat menerima hakikat apabila ketinggalan selain menyalahkan pengadil dari Serbia.

TMJ Levski Sofia
TMJ

“Pasukan lawan membuat terjahan tapi tiada kad kuning. Pemain JDT berdiri beberapa meter dari wall pun kena kad kuning. Bagi saya pengadil dari Serbia gagal untuk mengawal permainan.

“Nombor 30 ludah ke muka Leandro dan sepak Leandro tetapi tiada kad. Dari situ permainan mula agresif. Mungkin mereka tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului 1-0 menentang kelab dari Eropah,” kata TMJ.

Permainan dihentikan selepas insiden salah seorang pemain JDT, Fernando Forestieri menumbuk salah seorang pemain lawan sekaligus mencetuskan besar antara pemain kedua-dua pasukan.

https://www.instagram.com/p/Cn9shr5ttC4/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Pada masa yang sama, Levski menuduh pemain JDT menunjukkan semangat kesukanan yang rendah selain kurang ajar sekaligus permainan terpaksa dihentikan.

Sebelum ini, JDT mengalami kekalahan pertama dalam aksi pra musim apabila tewas 2-0 ketika perlawanan persahabatan menentang kelab dari Rusia, FC Rostov di padang bola sepak Ritz Carlton, Abu Dhabi, UAE.

FC Rostov terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan menerusi Yegor Golenkov yang menolak masuk bola hantaran Dmitry Poloz pada minit ke 39.

Kelekaan benteng pertahanan JDT dimanfaatkan oleh FC Rostov apabila Golenkov sekali lagi menambah gol kedua pada minit ke 45 melalui situasi kelam kabut dalam kawasan kotak penalti. Keputusan 2-0 memihak kepada FC Rostov sehingga tamat permainan.