Bekas pemain Arsenal, Kevin Campbell mendakwa bahawa bek kiri Scotland, Kieran Tierney adalah orang yang tepat untuk menjadi ketua pasukan Arsenal jika Alexandre Lacazette meninggalkan Arsenal akhir musim ini.

Ketika ini, Arsenal menggunakan sistem kelompok pemimpin. Di mana Alexandre Lacazette adalah pilihan utama diikuti oleh Kieran Tierney dan Granit Xhaka, ini selepas Aubameyang dilucutkan jawatan. Kemudian pemain antarabangsa Gabon itu dilepaskan ke Barcelona.

Lacazette masih belum melanjutkan kontraknya bersama dengan Arsenal. Dan dijangka akan kembali semula ke Ligue 1 secara percuma pada musim hadapan, apabila kontraknya berakhir musim panas akan datang.

Bekas penyerang Arsenal, Kevin Campbell menyatakan bahawa Kieran Tierney adalah calon paling tepat menggantikan Alexandre Lacazette.

“Lilitan lengan kapten akan berpindah ke Kieran Tierney apabila Lacazette pergi,” tegas Campbell.

“Saya fikir ia agak jelas bahawa Tierney ialah naib kapten sekarang dan dia sepatutnya begitu. Saya percaya dia adalah orang yang tepat untuk tugas itu.”

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1498271274849738759

“Apabila Lacazette pergi pada penghujung musim saya berharap Tierney dilantik sebagai kapten, 100 peratus.”

Berbicara tentang soal timbalan kapten pula, Campbell agak mengejutkan apabila mencadangkan Martin Odegaard sebagai calon terbaik.

Ini kerana pemain berusia 23 tahun itu kini merupakan kapten pasukan kebangsaan Norway walaupun usianya masih muda.

“Mungkin [Martin] Odegaard akan menjadi naib kaptennya selepas itu.”

“Odegaard tidak akan menjadi kapten utama tetapi saya fikir dia akan menjadi sebahagian daripada kumpulan kepimpinan Arteta.”

Selain daripada dua nama di atas, nama Aaron Ramsdale dan Ben White juga antara yang dilihat berpotensi mencabar kedudukan untuk kapten Arsenal pada musim hadapan.