Thomas Muller iktiraf Lionel Messi sebagai pemain terhebat sepanjang zaman atau GOAT (greatest of all time).

Muller sekali lagi terlibat dalam perdebatan siapakah lebih bagus antara Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi?

Muller pernah pilih Ronaldo

Beberapa bulan lalu Muller ditanya tentang siapakah pemain paling hebat, dan dia memilih Ronaldo sebagai pemain lebih bagus dalam perdebatan Messi atau Ronaldo.

Ketika itu Muller berkata: “Bagi saya, Ronaldo. Kerana saya ada rekod statistik yang baik menentang Messi. Sebaliknya menentang Ronaldo, tidak begitu bagus.”

Muller merujuk kepada Bayern dan Muller kerap menderita menentang Real Madrid dan Ronaldo. Di mana pemain Portugal itu menjaringkan 9 gol dalam 8 perlawanan menentang Bayern.

Ronaldo dan Real menikmati 5 kemenangan daripada 8 perlawanan itu dan cuma kalah dua kali.

Ronaldo melakukan 1 hatrik dan 3 kali mejaringkan dua gol menentang Bayern di pusingan kalah mati UCL.

Sementara Messi memiliki rekod yang buruk berdepan Bayern yang diwakili Muller. Messi menentang Bayern 8 kali dan menelan 5 kekalahan.

Muller: Messi GOAT!

Kini Muller telah menukar pilihannya dengan iktiraf Messi sebagai GOAT sebenar. Muller mengikuti rapat perkembangan Messi di Inter Miami. Dan seringkali memuat naik tweet yang menyatakan kekagumannya kepada Messi.

Bercakap kepada DAZN, Muller berkata: “Pemain terhebat sepanjang zaman? Goat di mata saya ialah Messi kerana dia membuatkan orang berkata: ‘Saya datang ke stadium kerana aksi elegan dia’.”

“Dan pada masa yang sama dia sangat efektif dalam menjaringkan  gol, mencapai rekod dan trofi.”

“Cristiano juga calon yang kuat, dalam dua kategori termasuk statistik dan trofi. Namun Messi sememangnya lebih licik dan elegan.”

Messi baru baru ini membantu Inter Miami menjuarai trofi pertama dalam sejarah kelab itu.

Messi ditandatangani Inter Miami selepas menolak untuk kekal dengan PSG. Dia datang ke Inter Miami sebagai ejen bebas.

Beberapa bulan lalu, Messi telah membantu negaranya Argentina untuk menjulang trofi Piala Dunia. Kejayaan itu dikatakan mengukuhkan reputasinya sebagai pemain teragung sepanjang zaman dalam bola sepak.