Pemain tengah pasukan kebangsaan Thailand, Thitipan Puangchan bakal mengakhiri tempoh pinjaman bersama kelab yang beraksi dalam saingan J1 League musim ini, Oita Trinita dan kembali ke pangkuan BG Pathum United.
Thitipan memuat naik gambar di Instagram miliknya dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan sepanjang beliau beraksi bersama kelab yang berpangkalan di bandar Oita itu.
Pemain berusia 26 tahun itu menyertai Oita secara pinjaman daripada kelab Thai League 1, BG Pathum United bermula saingan musim 2019 setelah menampilkan prestasi cemerlang ketika beraksi dalam saingan Liga domestik.
Pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada edisi 2013 dan 2015 itu menjadi tunjang utama Oita khususnya di bahagian tengah dimana beliau kerap kali menjadi pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.
Ramai pihak yang mahu Thitipan Puangchan kekal di Liga Jepun kerana beliau boleh meningkatkan kualiti serta tahap permainan yang dimiliki.
Namun, BG Pathum memutuskan untuk tidak meminjamkan pemain itu ke pasukan luar dan mahu Thitipan beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan.
Kembalinya Thitipan ke Thailand bermakna skuad Gajah Perang hanya mempunyai dua wakil dalam saingan J1 musim hadapan iaitu Chanathip Songkrasin yang beraksi bersama Consadole Sapporo serta Theerathon Bunmathan yang beraksi bersama Yokohama F Marinos.
Baca artikel lain mengenai Thitipan Puangchan di sini:
BG Pathum United: Sedia Lanjutkan Kontrak Pinjaman, Mahu Thitipan Puangchan Buat Keputusan
Oita Trinita Turunkan Thitipan Puangchan Bertemu Vissel Kobe, Sedia Beraksi Berdepan Malaysia
Thitipan Puangchan Cedera Hamstring, Diramal Tidak Cergas Menjelang Perlawanan Bertemu Malaysia