Pemain tengah Thailand yang kini beraksi bersama Oita Trinita dalam saingan J1 League, Thitipan Puangchan mengalami kecederaan hamstring sebelah kanan ketika perlawanan bertemu Vietnam tempoh hari.

Berita kecederaan itu telah disahkan oleh pihak kelabnya melalui kenyataan yang dimuat naik di laman sosial semalam.

Pihak Oita Trinita memberitahu bahawa Thitipan Puangchan akan menjalani rawatan serta proses pemulihan selepas ini dan dijangka akan tersisih untuk tempoh sekitar 8 minggu atau 2 bulan.

Tempoh pemulihan selama 2 bulan itu menyebabkan status beliau untuk disenaraikan dalam skuad Thailand bagi pertemuan dengan Malaysia pada 14 November 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, menjadi tanda tanya atas faktor kecergasan.

69897053_2647631885301501_1171982706905448448_o

Jika beliau tidak berjaya untuk cergas sepenuhnya menjelang perlawanan tersebut, ia merupakan satu berita yang baik untuk skuad bimbingan Tan Cheng Hoe kerana ketiadaan Thitipan Puangchan sebagai penggerak utama pasukan Thailand sejak kejohanan Piala Asia 2019 yang lalu.

Thitipan Puangchan dalam saingan J1 League 2019 telah melakukan 18 penampilan dengan 912 minit masa bermain serta 3 penampilan lagi dalam pertandingan Levain Cup dengan 1 gol dijaringkan.

Skuad Thailand akan menanti kunjungan pasukan UAE di Bangkok dalam perlawanan seterusnya pada 15 Oktober 2019 sebelum bertandang ke Kuala Lumpur pada 14 November 2019.

Lagi berita menarik mengenai pasukan Thailand untuk dibaca.

Thailand ‘Titik’ Indonesia 3 Gol Tanpa Balas Dihadapan 11,619 Penyokong Stadium Utama Gelora Bung Karno

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Thailand Umum 23 Pemain Terbaik Hadapi Vietnam Dan Indonesia