Theerathon Bunmathan, pemain pertahanan kiri Thailand hari ini berjaya merangkul kejuaraan J1 League 2019 bersama Yokohama F Marinos selepas berjaya menewaskan seteru utama musim ini FC Tokyo 3-0 sebentar tadi.
Pemain yang tidak beraksi dalam pertemu kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu Malaysia bulan lalu turut menyumbang gol pertama Yokohama F Marinos, selepas rembatan padu kaki kirinya dari luar kawasan penalti terbias dan menerjah pintu gol FC Tokyo pada minit ke 26.
Pencapaian yang dilakukan oleh pemain yang lebih mesra dipanggil ‘Bun-chan’ oleh penyokong Yokohama F Marinos ini juga menjadikan beliau sebagai pemain dari Asia Tenggara pertama menjulang kejuaraan J1 League sejak dimulakan pada 1993.

Theerathon Bunmathan mula beraksi dalam saingan J1 League pada musim 2018 bersama Vissel Kobe dan selepas tamat kontrak pinjaman 1 musim, Yokohama F Marinos berjaya mengesan kualiti yang ada pada pemain SCG Muangthong United itu dan tanpa ragu menawarkan kontrak pinjaman 1 musim kepada beliau.
Berikut adalah statistik rasmi Theerathon Bunmathan selama 2 musim beraksi dalam saingan J1 League;
Vissel Kobe:
No
30 |
Pemain Theerathon Bunmathan |
Penampilan
28 |
Masa Bermain
2,111 |
Jaringan
0 |
---|
Yokohama F Marinos:
No
5 |
Pemain
Theerathon Bunmathan |
Penampilan
25 |
Masa Bermain
2,219 |
Jaringan
3 |
---|
Dengan kontrak pinjaman beliau akan tamat sekitar Januari 2020 nanti, tidak mustahil Yokohama F Marinos akan mengikat beliau secara kekal dan jika sebaliknya, sudah ada beberapa kelab yang sedia menawarkan kontrak selepas 2 musim beraksi cemerlang dalam J1 League.
Dalam perkembangan berkaitan, sekurang-kurangnya 2 pemain dari Thailand dikatakan sedang dirisik oleh kelab-kelab J1 League bagi saingan musim 2020 nanti dan perkara ini pastinya akan memberikan impak yang baik kepada liga bola sepak Thailand khususnya.
Kejayaan ini juga menguatkan lagi tanggapan bahawa Theerathon Bunmathan adalah salah seorang pemain pertahanan kiri terbaik di ASEAN dan tidak keterlaluan juga diperingkat Asia.
Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
2 Lagi Pemain Thailand Sah Akan Bersama Kelab JLeague Musim 2019
Kelab Muangthong United Akui Terima Banyak Tawaran Untuk Bawa Teerasil Dangda Kembali Ke J.League
Beberapa Kelab Jepun Dikatakan Sudah Mula Merisik Pemain Tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai