Thailand nampaknya membawa barisan terkuat dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada bulan depan apabila mendapat khidmat 3 bintang yang beraksi dalam Liga Jepun dan Korea Selatan iaitu Chanathip Songkrasin (Hokkaido Sapporo), Theerathon Bunmathan (Yokohama F. Marinos) dan Sasalak Haiprakhon (Jeonbuk Hyundai Motors).
Perkembangan itu disahkan oleh pembantu pengurus pasukan, Jadet Meelarp yang menjelaskan 3 pemain itu dipanggil untuk mmebantu mereka mencapai sasaran layak ke final dan seterusnya menjadi juara pada tahun ini.
“3 pemain ini akan menyertai Thailand di Piala AFF. Kami percaya kehadiran mereka akan membantu perkuatkan pasukan. Apabila kita ada 3 bintang ini, para pasukan lawan pasti akan berasa bimbang,” kata Meelarp dalam Siam Sports.
3 Pemain ini telah mendapat pelepasan daripada kelab masing-masing kerana saingan Liga Jepun (J1) akan berakhir pada 4 Disember manakala Liga Korea (K-League 1) berakhir pada 5 Disember.
Mereka juga turut terlepas perlawanan pertama kumpulan A menentang Timor Leste pada 5 Disember dan dijangka akan menyertai pasukan pada 6 Disember. Selain Timor Lester, skuad kendalian Alexandre Polking itu berada satu kumpulan bersama tuan rumah, Singapura, Filipina dan Myanmar.
ถึงเวลา ทัพช้างศึก "ลั่นกลองรบ" ออกศึกสำคัญ กับการขับเคลื่อนด้วยสายเลือดใหม่ที่กระหายชัยชนะ #TogetherAsOne #ช้างศึก #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #AFFChampionship #ซูซูกิคัพ #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/p1txGhPCeK
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) November 7, 2021
“Mereka tidak akan beraksi pada perlawanan pertama tetapi ini tidak begitu penting kerana saya percaya mereka akan lebih bersedia pada perlawanan kedua menentang Myanmar pada 11 Disember nanti,” jelas Meelarp.
Setiap pasukan dalam saingan Piala Suzuki AFF dibenarkan membawa maksimum 30 orang pemain ke Singapura. Namun begitu, hanya 23 orang pemain akan berada dalam senarai akhir sebelum perlawanan bermula.
Berdasarkan rekod, Thailand adalah pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF (5 kali) dan sering layak ke separuh akhir sejak 1996. Kali ini mereka menyasarkan untuk mara ke perlawanan akhir dan menamatkan penguasaan Vietnam di Asia Tenggara.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah.
Piala Suzuki AFF 2020: Hein Htet Aung Dan Aung Kaung Mann Dipanggil Sertai Skuad Myanmar
Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang
Indonesia Berkampung Di Turki Buat Persiapan Hadapi Piala Suzuki AFF 2020
Stadium Nasional Dan Stadium Bishan Dipilih Sebagai Venue Rasmi Piala Suzuki AFF 2020
Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa