Isu mengenai pemain bola sepak dalam Liga Malaysia yang memiliki ‘double contracts‘ sudah diketahui oleh ramai pihak dan ia bukan satu perkara baru untuk mereka dalam industri ini.
Apa itu ‘double contracts‘ sebenarnya? Sila teruskan membaca.
Istilah ini sebenarnya bermaksud pemain bola sepak profesional di Malaysia memiliki 2 kontrak iaitu;
- Kontrak A: Kontrak rasmi yang ditandatangani bersama pasukan dan DISERAHKAN kepada pihak FAM, dan mengisytiharkan gaji bernilai RM lebih rendah kebiasaannya.
- Kontrak B: Satu kontrak lain yang ditandatangani secara senyap-senyap diluar pengetahuan FAM, dan jumlah gaji dalam kontrak ini adalah baki dari jumlah keseluruhan yang ditawarkan.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang pemain itu ditawarkan untuk bermain dengan sesebuah pasukan dengan jumlah gaji bernilai RM80,000 tetapi dalam kontrak A hanya menyatakan gaji rasmi pemain itu adalah RM15,000 sahaja.
Baki RM65,000 lagi adalah jumlah yang akan dibayar dalam kontrak B dan ini tidak diserahkan kepada FAM. Faham kan?
VOCKETFC cuba menyelidikan dengan lebih dalam perkara ini dan berjaya mendapatkan maklum balas dari pemain berkaitan isu ‘double contracts‘ ini.
Perspektif dari pemain ini penting untuk kita sebagai fans tahu dalam mendalami isu yang sedang berlaku sehingga sekarang ini. Apa pro dan juga kontra ‘double contracts‘ ini dari sudut pemain itu sendiri?
“Sebenarnya benda ni sudah lama berlaku dalam Liga Malaysia, dan almost semua team buat. Sebabnya nak elak bayar income tax yang besar.”
“Pro dan kontra dia memang banyak la, kadang-kadang team akan bayar lump-sum jumlah yang under table tu. Kontra dia pula adalah bila team ada masalah untuk bayar gaji dan pemain hanya mampu fight untuk gaji yang declare dalam kontrak A sahaja.”
Advantage Kepada Pengurusan Pasukan
Mengakui bahawa perkara ‘double contracts’ ini sebenarnya risky kepada pemain disebabkan ia memberikan banyak kelebihan atau advantage kepada pengurusan pasukan berbanding pemain.
Namun, kadang-kadang pemain tiada pilihan.
“Pemain sebenarnya kadang-kadang tak ada choice. Management ni pun bukan suka kepada pemain-pemain kaki fight ni.”
“Pemain jenis senyap pula hanya sekadar mengikut apa yang management buat ikut suka dia je.”
Apabila diajukan soalan samada pemain ok atau tidak berkaitan dengan caruman KWSP serta LHDN, beliau menjelaskan bahawa pemain terpaksa accept perkara seperti itu ataupun berdepan dengan risiko tiada team terus untuk bermain.
“Ok tak ok pun, player akan accept je lah dari tak ada team terus kan. Pemain banyak yang tak ada choice, nak dapat team pun susah.”
“Bila dapat team management yang nak buat macam tu ‘double contracts‘, takkan kita nak cakap tak boleh? Nanti management kata pemain ni banyak songeh lah, tak payah la sign.”
“Last sekali, mahu atau tidak, pemain pun ‘layan’ je laa.”, mengakhiri perbulan dengan VOCKETFC.
Ada juga kes dimana pemain tidak ‘kecoh’ walaupun tidak menerima gaji 4 hingga 5 bulan disebabkan cuba untuk ‘cover‘ isu double contracts ini agar tidak kantoi dengan FAM atau MFL.
Inilah realiti industri bola sepak Malaysia yang perlu kita hadam supaya lebih faham kenapa isu mengenai bayaran gaji ini tidak pernah habis walaupun selepas berpuluh tahun liga berlangsung.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
FA Thailand Berdepan Masalah ‘Cash Flow’ Kritikal, Perlu Meminjam Duit Untuk ‘Survival’
Tonton Video ‘Masterplan’ Hebat Pusat Latihan Bola Sepak Korea Selatan Yang Akan Dibina