Pasukan B-22 tahun Thailand menemui titik terang dalam usaha mendaftarkan pengganti Ekanit Panya yang tidak dapat beraksi dalam temasya Sukan SEA 2019 kerana kecederaan lutut ketika beraksi bersama pasukan senior.
Permohonan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) diluluskan oleh Majlis Olimpik serta badan penganjur Sukan SEA dan mereka mendaftarkan pemain pertahanan, Peerawat Akkatam bagi melengkapkan senarai 20 pemain yang dibawa ke Filipina.
BREAKING: Thailand national team is allowed to register defender Parawat Akkatam replacing Ekkanit panya after FA Thailand submit an official request with supporting documents showing proof of Ekkanit's injury to Olympic Committee and SGs organizer. pic.twitter.com/ixivXD9LPE
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) November 24, 2019
Ekanit terpaksa disisihkan kerana kecederaan lutut yang dialami ketika beraksi bersama pasukan senior dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam minggu lalu.
Pada mulanya Jawatankuasa Sukan SEA tidak membenarkan Thailand untuk mendaftarkan pengganti namun setelah FAT mengemukakan bukti, barulah mereka mendapat kebenaran.
Saingan bola sepak Sukan SEA 2019 akan bermula pada Isnin ini.
Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:
Ekanit Panya Terpaksa Digugurkan Daripada Skuad Sukan SEA Thailand