Semalam pengendali pasukan B-22 tahun Thailand, Akira Nishino telah mengumumkan senarai 20 pemain yang dibawa bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2019 di Filipina yang akan bermula pada minggu depan.

Dalam senarai tersebut, beberapa pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Suphanat Muenta dan Supachok Sarachat yang beraksi bersama pasukan senior dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini turut disenaraikan.

Bagaimanapun, mereka terpaksa melupakan khidmat Ekanit Panya kerana pemain yang berusia 20 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian lutut dan perlu berehat panjang selama 3 bulan.

Malah, selain Sukan SEA, Ekanit juga kemungkinan akan terlepas peluang beraksi dalam Kejohanan AFC B-23 pada tahun depan jika tidak sempat pulih.

https://twitter.com/ThaiFootballs/status/1197819117169864705

Ekanit beraksi cemerlang ketika perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lalu. Beliau menjaringkan gol kemenangan lalu membantu Thailand mengutip 3 mata penuh di halaman sendiri.

Thailand FA dijangka akan mengumumkan pemain baharu yang akan menggantikan tempatnya pada hari esok.

Pengendali skuad itu, Akira Nishino memutuskan untuk tidak akan menggunakan kuota pemain lebih umur dalam skuad Sukan SEA kerana mahu melakukan analisis serta menilai dengan lebih lanjut prestasi pemain berusia bawah 23 tahun sebagai persiapan kejohanan AFC B23 tahun depan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan bola sepak Sukan SEA 2019 melalui pautan dibawah.

Datuk Ong Kim Swee Umum Skuad Sukan SEA, Wan Kuzain Tiada Dalam Senarai Ke Filipina

Pengkritik Bola Sepak Negara Persoal Ketiadaan Safawi Rasid Dalam Skuad Sukan SEA 2019

Singapura Umum Senarai Akhir 20 Pemain Ke Sukan SEA 2019